Suka makan telur? Sama ada suka atau tidak, sudah tentu anda tidak terlepas dari makan telur dalam mana-mana hidangan yang pernah anda nikmati!
Adakah anda basuh terlebih dahulu telur sebelum anda menggunakannya? Atau adakah anda pasti makanan yang mengandungi telur yang anda nikmati benar-benar terjamin kebersihannya? Bagi yang masih ragu-ragu tentang betapa perlunya membasuh telur sebelum digunakan.
Kita memang sepatutnya basuh telur ayam SEBELUM DIGUNAKAN kerana selain dari najis yang nampak secara zahirnya, kulit telur ayam juga dicemari oleh bakteria salmonella.