Isnin, 23 Mac 2009

Resipi Kek Coklat Kak Timah

Resipi pertama yang aku nak post kat sini ialah resipi yang aku dapat dari teman sekerja aku di Mentakab. Kak Timah ajar aku cara buat kek ini. Mula-mula tak yakin aku mampu buat kek ini maklumlah aku memang tak reti langsung buat kek. Yang aku tau bila nak makan kek aku mintak papa Tyra beli kat Kedai kek Kak Yah kat Temerloh. Selain tu tempah ngan kawan-kawan. Pertama kali aku pandai buat kek bila kak Timah bagi resipi. Mula-mula ingat tak menjadi. Aku lihat kek aku lembek semacam aje masa bakar. Lepas kena salut ngan coklat dan tabur coklat urai... anak-anakku pakat geleng kepala bila aku hulur kek yang aku buat pertama kali tu. Sedihnya hati mama... Pastu aku simpan je dalam peti sejuk sampai 2 hari. Aku sendiri makan sikit aje mula-mula. Bila dah sampai ke anak tekak, aku rasa satu aroma yang menakjubkan. Eh.. betul ke kek ni aku yang buat???.. Boboy, Junjun, Zaza dan Tyra masih menggeleng kepala bila aku hulur kek coklat tu. Kenapalah anak aku ni serik sangat sampai takut nak makan kek yang aku buat ni. Hati aku berbunga tak sabar nak tunggu papa balik. Kebetulan papa outstation dah masuk hari ke-3. Pastu bila papa sampai aje kat umah, aku tanya papa dah minum petang ke belum. Jawapan dia memang mengecewakan aku. "Dah kat luar on the way balik..jumpa kawan.."
Aku telan air liur aje dengar jawapan papa. Malam tu cam biasa papa bawak keluarga makan kat luar. Sebenarnya kt dapur tak ada benda yang nak di masak. Semenjak papa tak ada aku selalu berkejar ke restoran Saniah beli makanan. Pagi-pagi nasi lemak ngan roti canai kat restoran Seri Bendera menjadi santapan anak-anakku.
Malam tu lebih kurang kul 3.00pagi, aku terjaga bila terdengar tv dari bilik rehat. Papa sedang menonton Channel Astro Awani... Apa yang menakjubkan, di atas meja depan papa ada piring yang mengandungi sisa-sisa kek. Sah.. kek coklat aku...
"I jumpa dalam fridge. You beli kat mana kek ni?..." Papa macam tak percaya bila aku beritahu aku yang buat kek itu.
" Not bad.. Bleh buat bisnes rasa okey.."
Pagi esoknya aku paksa Boboy , Junjun, Zaza dan Tyra makan kek itu. Boboy asyik jelirkan lidah.. " Pahitlah mama.."
Kenapalah anakku ini tak dapat nak hayati masakanku. Adik-adik dia makan berselera. Dah tinggal sikit aje lagi, .." Mama , bagi kat boboylah kek ni.. boboy makan sikit aje tadi.." Hish banyak fe'ell tul budak ni. Tadi eksyen tak sedap, sekarang dia plak tukang licinkan. Maka demi keadilan antara anak-anakku, maka aku sudukan sikit-sikit bagi suap. "Mama, syedaplah tet ni.. Nak agi mama.." Dengar Junjun cakap gitu aku jadi terharu plak.
Menjak hari tu aku jadi rajin plak buat kek. Rentetan dari situ juga aku try buat macam-macam resepi yang aku rasa nak buat. Boboy, Junjun, Zaza dan Tyra jadi tukang komen dan aku cuba buat ikut selera mereka.
Okeylah , kat sini aku nak kongsi resepi kek yang pertama kali aku berjaya buat ini. Terima kasih kak Timah beri resepi kek coklat yang dah jadi kegemaran keluargaku.
Inilah resepinya:



KEK COKLAT KAK TIMAH
Sumber: PPK Fatimah KKBM

Bahan-bahan:
3 biji telur
1 cawan margerine planta
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
3 sudu serbuk koko
1 camt baking powder
1 camt esen vanila

Bahan Koko Filling:
½ cawan planta
4 sudu gula icing
6 camb susu pekat manis
2 camb serbuk koko

Cara Membuat kek:
Pukul planta hingga gebu. Masukkan telur sebiji demi sebiji sehingga sebati. Masukkan gula halus dan sebatikan. Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk koko dan baking powder. Putar hingga sebati. Masukkan esen vanila dan bakar hingga masak.

Untuk Filling:
Bancuh bahan dan masak di atas api sederhana kecil hingga pekat. Jangan lama sangat sebab ia akan jadi cair dan tidak melekat di kek pula. Bila pekat sapu di kek yang telah di sejukkan. Dan biar hingga filling mengeras di kek baru cantik.

Aku dah mencuba dekat lima kali buat kek ini dan ianya tidak pernah menghampakan aku malahan ianya agak sedap dan enak pada citarasaku.Cara nak membuatnya juga amat senang dan resipi ini juga telah aku panjangkan kepada teman-temanku yang lain dan semuanya memuji keenakan dan cara membuatnya yang senang juga dikiranya. Boboy, Junjun, Zaza dan Tyra makan sampai licin. Papa Tyra juga memuji bila merasa kek ini. Aku juga ada membawa ke pejabat untuk teman-temanku rasa dan mempersembahkan kepada guruku, semua memuji. Puas hati jugalah dengan hasil tanganku ini. Walaupun aku agak kaku dalam bab menghias kek dan tak berapa cantik pada pengelihatan tapi pada rasanya memang tidak mengecewakan. Lihatlah hasil tangan ku ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.