Selasa, 24 Mac 2009

PUDING STRAWBERI LAPIS JELI MANGGA
















PUDING STRAWBERI LAPIS JELI MANGGA
Sumber: Majalah Nona

Bahan-bahan Puding:
1500 ml air
1 paket Serbuk Puding Buah buahan perasa strawberi
200 gm buah strawberi (dibelah 4 memanjang)
300 gm buah anggur hitam tanpa biji (dibelah 2)

Bahan-bahan Jeli:
3000 ml air
200 gm gula
1 paket Serbuk Kristal Jeli perasa mangga

Cara Memasaknya:
1. Untuk memasak puding, didihkan air dan padamkan api.
2. Masukkan Serbuk Puding Buahbuahan dan kacau selama lima minit.
3. Campurkan gula buah-buahan (yang terdapat di dalam paket serbuk puding) dan kacau rata.
4. Tuang ke dalam acuan sehingga separuh bahagian dan biarkan beku. Susun buah strawberi dan anggur di atasnya.
5. Untuk membuat jeli, campurkan air dan gula ke dalam periuk dan didihkan.
6. Kemudian, masukkan Serbuk Kristal Jeli dan kacau sehingga larut.
7. Padamkan api dan campurkan gula buah-buahan. Kacau seketika dan tuangkan ke dalam acuan puding tadi. Sejukkan di dalam peti sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.