Jumaat, 6 Mac 2015

Ulaman Pilihan Akak

Akak sekarang tengah plan nak tanam sayur termasuk ulaman kat belakang dapur rumah akak. Tanah yang tinggal 'sebucu' kat belakang dapur akak dah nampak apa yang bakal tumbuh nanti.
Dalam kepala plan nak tanam ulam raja, pokok pandan, pucuk gajus, daun pandan, daun kesum, sayur hijau, daun sup dan lain-lain lagi.
Kalau tanam sendiri jimat sikit duit dapur akak maklumlah akak ni suka sangat makan sayur dan ulaman. Kalau ikutkan budu pun akak nak buat sendiri tapi bila fikirkan resepinya akak rasa tak sanggup plak nak buat budu sendiri.
Keluarga akak tak sah makan nasi tanpa sayur atau ulaman setiap hari. Memang menu wajib dalam hidangan setiap kali makan.
 
Pucuk Oregano atau pucuk bangun-bangun enak dibuat ulam. Walaupun ada sesetengah orang tidak gemarkan rasa dan baunya tapi akak suka sangat dengan daun oregano ini dijadikan ulam. Khasiatnya untuk melancarkan pengaliran darah dan yang pastinya untuk awet muda.

 Daun pudina, rasanya sedikit manis dan ada rasa mint. Kalau mulut bau busuk elok sangat kunyah daun ini. Akak suka jadikan ulam siap cicah dengan budu lagi. Bagi yang tak suka budu boleh makan begitu sahaja atau dicicah sambal belacan atau cencaluk. Cubalah untuk rahsia kehebatannya.

 Daun Selom, ulaman kegemaran anak-anak dan suami akak. Dimakan dengan sambal belacan tapi keluarga akak menikmatinya dengan budu. Daun ini juga boleh dijadikan kerabu dengan campuran, kerisik, isi ikan, halia, bawang merah, bawang putih, lada hitam, serai, perahan limau nipis atau kasturi, gula garam dan sedikit serbuk perasa. Akak lebih suka taruk gula melaka. Khasiat daun ini akak tak pasti sangat tapi ianya sangat berkhasiat untuk kita. Sebab itu akak amalkan.

 
Pucuk beko salah satu ulam yang akak gemar dicecah dengan budu. Dimakan mentah atau dicelur. Rasanya sedikit pahit tapi sebab akak dah biasa rasanya yang pahit itu menjadi satu kemanisan pula bila dimakan dengan nasi. Daun ini juga mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh. Ianya boleh dijadikan kerabu seperti di atas. Buahnya juga sedap dibakar dan dijadikan kerabu atau ulam.


 Pucuk Bertik, akak boleh makan sebagai ulam dengan cara dicelurkannya dan dicicah budu. Rasanya sedikit pahit. Kalau ibu menyusu mengalami masalah kurang susu badan boleh makan pucuk betik celur. Kalau tidka celur akak tak galakkan sangat sebab ianya boleh menyebabkan direa atau cirit birit disebabkan getahnya.

 
Pucuk sayur manis atau cekak manis, enak dibuat sayur putih atau dicampur ubi kentang atau keledek, sedikit ikan bilis, baang putih, lada hitam , bawang merah. Boleh dijadikan sayur lemak dengan menggunakan santan atau sayur sup tanpa santan.

Pucuk Duri Tujuh, digemari kerana khasiatnya untuk penawar kanser. Boleh dimakan mentah atau dijadikan ulam. Rasanya lembut sedikit berlendir tapi sedap.

 Pucuk gajus sebagai ulam cicah budu. Kat rumah akak pokok ini sering kehilangan pucuknya sebab ianya menjadi kegemaran ahli keluarga akak.

 Pucuk Kaduk. Sesuai dimasak lemak campur dengan  udang atau siput sedut.

 Pokok kemangi dan ada yang panggil daun selasih. Akak suka jadikan ulam. Khasiat untuk kewanitaan. Bau wangi dan ada rasa mint.

 Pucuk midin enak dijadikan sayur goreng atau sayur lemak, keluarga pucuk paku juga ni. Mengandungi banyak jhasiat zat besi sesuai untuk orang yang alami masalah kurang darah iaitu anemia.

 
Pucuk putat sebagai ulaman dicicah samabal belacan tapi akak lebih suka dengan budu. Rasanya sedikit kelat tapi sangat enak dan berkhasiat.

 
Pucuk ulam raja. Enak sebagai ulam mentah diciah dengan budu atau sambal belacan.

 
Pucuk paku. Boleh dijadikan ulam mentah atau dicelur. Boleh dimasak lemak atau digoreng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.