Rabu, 29 Jun 2016

Mee Ladna

*Resepi Mee Ladna Mudah, Cepat dan Sedap*

Bahan-bahan:

Mee Kuning

3 ulas bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (diketuk)
cili api (terpulang pada tahap kepedasan masing-masing)
Sayur (terpulang pada citarasa masing-masing)
isi ayam (dipotong kecil)
sotong (optional, boleh tukar udang atau apa saja)
sebiji telur (ambil telur putih sahaja)
sesudu tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
Sedikit minyak
3 sudu kicap manis
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

A) Untuk Mee

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali
Masukkan 2 ulas bawang putih yang telah diketuk, tumis sehingga sedikit garing
Masukkan kicap, biarkan seketika dan masukkan mee kuning.
Goreng mee sehingga mee sebati dengan kicap tersebut.

B) Untuk Kuah

Gunakan kuali yang sama goreng mee tadi. Masukkan sedikit minyak, tumis lebihan bawang putih, bawang merah, dan cili api. Tumis sehingga layu
Masukkan isi ayam dan sotong, tunggu sehingga ayam dan sotong masak
Kemudian masukkan sayur dan sedikit air, terpulang banyak mana nak masukkan air untuk dijadikan kuah. Tunggu sehingga mendidih.
Kemudian, masukkan garam secukup rasa.
Masukkan putih telur. Biarkan seketika pastu baru kacau.
Perlahankan api dan masukkan bancuhan tepung gandum. Bancuhan tepung gandum nie untuk memekatkan kuah. Masuk sedikit demi sedikit dan boleh tentukan anda nak kuah anda pekat mana.
Siappp!!! dan boleh dihidang bersama mee tadi.

notakaki:
Masa nak makan baru diletak kuahnya. Kalau tak nanti mee tu jadi kembang. Tak sedap pulak. Boleh juga dimasukkan lada sulah untuk lebih sedap...

Selasa, 14 Jun 2016

Resepi Apple Strudel Muffins

Resepi Apple Strudel Muffins
Sedapnya apple muffin ni ..dengan salutan rasa buah epal pasti anak2 suka

Bahan-bahan :
2 cwn tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
1/2 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil garam* (saya letak secubit je)bhn bertanda* diayak bersama
1 cawan gula halus
1/2 cwn butter
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan epal yg di dadu kecil (dlm 2 biji)
Bahan Untuk Crumble :-
1/3 cawan gula perang( Dark Brown Sugar)
2 sudu besar tepung gandum
1/8 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu besar mentega

Cara-Caranya
Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya. Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jari sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, b. powder, b.soda dan garam yg telah di ayak. Ketepikan.

Dalam bekas lain, pukul mentega dan gula hingga rata. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati. Masukkan epal dan gaul rata guna senduk kayu/spatula.

Masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.
Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit.
Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.

Biskut cheese lembut

Resepi Biskut cheese lembut

Bahan - bahan :
250gm Mentega
180gm Gula Aising
2 biji Kuning Telur
250gm Tepung Ubi - sanggar 10 min
225gm Tepung Jagung
1/2 st baking powder
70gm Parutan Keju Cheddar- utk letak dlm adunan
kuning telur dan sedikit parutan keju - utk hiasan

CARA2:
1. Pukul Mentega & Gula sehingga sebati.

2. Masukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.

3. Masukkan bahan2 kering.

4. Canai & terap.Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut
dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.

5.Bakar 160C 15 -20 minit.

Biskut suji

Untuk ibu² yg x tau nk buat kuih apa raya ini.nah akk tolong bgi resepi² bgi memudahkn semua.....

Resepi Biskut suji Arab

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum ( saya guna tepung jenis halus)
1 cawan gula halus
1 cawan minyak ghee@ sapi

Cara penyediaan

1. Satukan tepung dan gula.

2. Kemudian masukkan minyak ghee sedikit2 sehingga adunan boleh di uli atau dibentuk.

3. Bentukkan bulat dan susun dalam tray pembakar.

4. Jika suka boleh hiaskan dengan ceri merah di tengah2nya.

5. Bakar selama 25-30 minit dalam suhu 170 darjah C.

Kuey tiaw ladna

Kuey Tow Ladna

Bahan-bahan : -

• Sebungkus kuey teow -basuh, toskan kemudian perap dengan kicap manis sebentar.Kemudian di goreng tanpa minyak .
• 15 ekor udang
• Isi ayam
• Daging
• 4 ulas bawang putih - di tumbuk
• 3 sudu makan sos tiram
• 2 sudu makan sos ikan
• 1 kiub pati ayam
• 5 biji cili api - ditumbuk
• sedikit lada hitam / putih - di tumbuk
• 1 biji Lobak Merah - dihiris
• seikat sawi - dipotong
• sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air utk memekatkn kuah
• Bawang goreng dan daun sup untuk hiasa.

Cara-cara

1. panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan dan naik bau..Kemudian masukkan ayam dan daging yg dipotong kecil.

2. Bila ayam & daging dah masak, masukkan sos tiram dan sos ikan... goreng seketika. Kemudian masukkan air.

3. masukkan kiub ayam dn biarkan mendidih seketika..kemudian masukan lobak merah terlebih dahulu.

4. masukkan udang, cili padi, sawi, lada hitam/putih tumbuk dan garam.

5. masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.

6. setelah kuah masak bolehlah dihidang bersama kueh teow panas-panas

7. taburkan bawang goreng, daun sup dan limau nipis

Sumber: FB Singaporean Pakimix

Share Supaya Tak Hilang.
Sila Comment "saya share"
dan tekan Share Untuk dapatkan resepi PERCUMA di Newsfeed anda

Mee goreng basah

Mee goreng basah
Bahan-Bahan
1 bungkus mee - bersihkan
1 labu besar bawang merah - cincang
1 labu bawang kuning - cincang
5 ulas bawang putih - ketuk n cincang
1 sk cuka
2 bj telur
2 putung fish cake
6 bj Fish Ball
1/2 cwn isi ayam
4 sb sos cili
2 sb kicap manis
4 sb sos tiram
3/4 cwn air
1 kiub pati ikan bilis
6 @ 7 bj cili padi
Sayur sawi secukupnya
Tomato secukupnya
Secubit garam. Perasakan masin manis secukup rasa ngan Sos n kicap. Kalau kuah nampak cair tambah sos tiram .kalau kurang masin tambah kicap .kalau kurang manis tambah sos cili .

Tumis bawang .masukan cuka .bila kekuningan masukan telur d ikuti 2 jenis fish n isi ayam. Goreng seketika .kemudian masukan 3 jenis sos .goreng seketika .Masukan air . Biarkan hingga mendidih didih . Campak pati ikan bilis d ikuti mee . Didihkan seketika. Perasakan secukup rasa .boleh campak cili n sayur sebatikan n sedia unt hidang .

Puding koktail

Alhamdulillah siap sudah puding koktel ku untuk jualan hari ni,
Nanti buat eh sedap sengoti ni..

Bahan puding-

1 cawan tepung kastard,
Setengah bungkus agar2 tali,
6 cawan air untuk hancurkan agar2,
1 tin susu cair + 1 cawan air di bancuh dengan tepung kastard,
1 ½ cawan gula
Pewarna merah,hijau,kuning untuk buat agar2 kristal,
1 tin buah-buahan dalam tin di tapis airnya.

1. Larut kan agar2 n campur gula....ambil 2 cawan agar2 yg di larutkan tadi untuk dijadikan agar2 kristal.
(Tak nak buat agar2 kristal pun tak apa,terpulang ikut kreatif masing-masing)
Bahagi kan kepada 3 bekas untuk d campurkan pewarna..sejukkan.

2. Larutan tepung kastard dengan secawan air supaya x berketul,masak sebentar bersama 1 tin susu cair sampai pekat dan lepas tu campur bersama agar2 yg di larut tadi,kacau sebati dan tutup api.

3. Agar-agar kristal yg dah sejuk di potong dadu dan d campur dengan buah-buahan koktel.

4. Tuang adunan puding dalam bekas dan tabur buah-buahan koktel tadi,sejukkan dalam peti untuk berbuka nanti...
Selamat mencuba

Murtabak daging kulit popia

Murtabak daging kulit popia resepi asal chef zamir dari realiti show .Simple mudah guna inti ala ala karipap unt juadah berbuka di masjid hari ini..
Resepi

2 kpg daging burger
1 ulas baw besar dicincang
1 ulas bawang putih
1 biji kentang
Semua bahan di goreng dgn minyak n biar empuk dgn secawan air.Biar inti ni kering+ sebiji telur.
Untuk kulit kulit popia disapu butter yg dicairkan n letak inti lipat 4 segi dan lapis kan selapis lagi supaya tidak koyak.Panasjan kuali renjis dgn minyak n goreng .Mudah tak payah nak bersusah uli tepong jimat tenaga unt tarawih hee hee cuba ye kawan kawan

Jemput-Jemput ikan bilis

Resepi jemput-jemput ikan bilis yang rangup, bulat dan sedap.

Bahan-bahan
1. ½ packet tepung gandum
2. 1 genggam Ikan bilis dikopek
3. 2 biji bawang besar dihiris
4. Sedikit hirisan daun sup
5. Air Panas mendidih secukupnya
6. Cili api 8 biji di hiris
7. Garam,Gula, aji no moto

Cara-cara
1. Ambil mangkuk yang besar
2. Masukkan tepung, ikan bilis, bawang besar, daun sup
3. Masukkan hirisan cili api
4. Masukkan garam, gula, aji no moto secukup rasa
5. Tuangkan air panas yang mendidih ke dalam nya
6. Gaulkan menggunakan Senduk nasi
7. Sediakan mangkuk kecik ber isi air bersih
8. Basahkan tangan dengan air bersih
9. kemudian bulat-bulatkan doh tersebut
10. Goreng seperti biasa sehingga garing
11. Selamat dihidangkan untuk keluarga yang tersayang.

Ayam penyet

AYAM PENYET

1 ekor-ayam belah 4 (rebus setengah masak)
1bji-bwang merah*
3ulas- bwang putih*
2sb -serbuk jintan halus*
2sb-biji ketumbar*
buah keras*
sdikit lengkuas,halia & kunyit hidup*
garam
sedikit gula
sedikit tepung beras + 1bji-telur

caranye :kisar semua bhn bertnda * kemudian msukkn gram,gula & tpung beras + telur tdi, perap ayam anggaran 1jm @ lbh lgi sedap....stelah tu bole la d goreng dgn api sederhana

sambal cili:
1bji-bwang merah
2ulas-bawang putih
6bji-cli padi
1bji-cili besar
sedikit belacan
ikan bilis
1/2bji-tomato potong kcik2

goreng semua bhn dia atas kemudian kisar shingga lumat & bole la d perasakn dgn garam,serbuk perasa & sedikit gula merah...... SELAMAT MENCUBA

BAHAN SAMPINGAN:timun,kobis,tempe & tauhu goreng & limau kasturi....sesuai juga d'makan dgn sup kosong juga nasi putih...

Sumber: Singaporean Pakimix/buku resepi

Butter lemon cheesecake

Serius sedap dan tak sangka sesedap ini. Setakat ini, resipi ini paling kena dengan selera kami sekeluarga. Anak saya yang sekolah tadika pun kata sedap. Siap tanya apa ingredients dalam kek ni. Yo-yo-o je soalan dia kan. Paling best, masak cuma 30 minit!

Ini adalah must-try butter lemon cheesecake recipe. Rugi tak cuba.

Ini resipi Butter Lemon Cheesecake Noy Yullan

225gm tepung gandum
1 1/2 baking powder
200gm pure butter atau lepa susu
180 gm cream cheese
150gm gula (utk bancuh air tu pun ok)
5 biji telur
1/2 sudu kecil parutan kulit lemon
1 sudu kecil jus lemon

Nota:
(1) 1 1/2 baking powder tu maknanya, 1 sudu kecil baking powder ditambah lagi 1/2 sudu kecil baking powder.
(2) Guna pure butter lebih sedap aroma dan rasanya. Tapi saya guna Farmcows pun sedap juga.
(3) Contoh pure butter : Anchor, SCS, Lurpak, Westgold.
(4) Contoh lepa susu: Farmcows, Twincows, Buttercup, Butterlite.

Step by step boleh refer gambar. Versi photogrid insya Allah akan menyusul.

Resepi Biskut Kelapa

Resepi Biskut Kelapa

Bahan2:
1 cwn majerin
1 cwn gula icing
1 biji kuning telur
1 sdm esen vanilla
3 1/2 cwn tepung jagung
1 cwn kelapa kering

Cara-Cara :
1. Adukkan majerin,gula icing dan kuning telur
2. Gaul sebati dgn menggunakan senduk (kayu)
3. Bila dah sebati masukkan esen vanilla 1sudu makan
4. Kemudian masukkan kelapa kering ,dan masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh
5. Sapu majerin pd loyang,dan terap doh dgn acuan sapu sedikit telur putih dan tabur sedikit kelapa kering yg diwarnakan (tidak ada rasa tapi boleh menjadikan biskut lebih rangup)
6. Bakar pd suhu 150'c selama 15-20 minit
================================================

Kek Lapis Beralun

kek lapis beralun

6biji telur
1cwn gula
1sm ovallate
1/2 cwn butter-di cairkan
150ml susu cair
1cwn tepung
1cwn horlick
pewarna dn flavour kegemaran

*panaskan kukusan terlebih dahulu*
- pukul telur,gula,ovallate dn butter cair sehingga kembang
-masukan tepung dn horlick sedikit demi sedikit secara beselang seli dn gaul rata
-tuangkan susu cair dn adu sebati
-bagi adunan kpd bhg warna dn rasa
* i guna merah -syrup rose
oren-esen pisang
pink-paste strawberry
biru-esen pepermint
hijau-paste pandan
-kukus adunan selapis demi selapis(setiap lapis di kukus selama 5 minit) dn gongcangkan sikit utk membetuk alunan ombak
-utk lapisan terakhir kukus 30minit@sehingga masak

Sumber: Singaporean Pakimix

Share Supaya Tak Hilang.
Sila Comment "saya like"
dan tekan Share Untuk dapatkan resepi PERCUMA di Newsfeed anda

Pie tee

Assalamualaikum...
Hari ni sy nk kongsi resepi jualan saya setiap hari dlm bulan Ramadhan ni...

#PIE_TEE

BAHAN-BAHAN UTK 50 PCS MANGKUK PIE TEE
90GRAM TEPUNG BERAS
25GRAM TEPUNG JAGUNG
25GRAM TEPUNG GANDUM
1 BIJI TELUR
SEDIKIT GARAM
CARANYA BANCUH SEMUA BAHAN DGH 175ML AIR.TAPIS ADUNAN UNTUK HASIL YG CANTIK...APA YG PENTING MESTI ADA ACUAN PIE TEE...

UNTUK INTI PIE TEE
Tumbuk bawang putih dgn udang kering..tumis sehingga naik bau... Gaulkan dgn sayur-sayuran kesukaan anda seperti carrot,timun,sengkuang,kobis dan perasakan dgn garam & serbuk lada sulah...lebihan air dlm sayur blh buang nnt mangkuk pie tee cpt lemau dan x rangup lg...
Isikan ke dlm mangkuk pie tee taburkan bawang goreng...
Kalau x nk tumis pun x pe....boleh sagat je sayur2 mcm inti tauhu sumbat..mkn dgn sos ...sedap...
SELAMAT MENCUBA YE...

Biskut Makmur

Resepi biskut makmur

Bahan untuk doh

500g tepung gandum
2/3 cawan gula icing
1 tin kecil minyak sapi
Paper cup

Bahan untuk inti

200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak
3/4 cawan gula icing
1 sudu besar mentega kacang,optional.
Bahan untuk salut
Sedikit gula icing

Cara buat Penyediaan resepi biskut makmur
Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing.
Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
kemudian kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.
Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat biskut yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah.
Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. Biskut makmur mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.
Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.
Sudah siap dan sedia untuk proses pembungkusan dalam balang dan bekas yang cantik serta kedap udara.

Potato Cheese Meatball

Bahan-bahan :

- 2 batang carrot disagat
- 3 biji bawang besar di potong dadu
- 2 ulas bawang putih dicincang halus
- cendawan (ikut suka berapa byk)
- 2 biji tomato (takde dlm gambar)
- sos prego tradisi
- 2-3 sudu sos cili
- 2-3 sudu sos tiram
- mozarella
- garam
- cukup rasa
- Meatball & daging kisar Ramly

Cara-cara :

- Tumis bawang besar & bawang putih sehingga naik bau. Masukkan daging kisar...biar sekejap sampai daging masak elok.
- Masukkan cendawan, tomato & carrot. Kacau rata.
- Masukkan sos prego, sos cili & sos tiram. Tambah garam & cukup rasa ikut taste masing-masing.Ini versi bolognese saya...saya suka letak carrot sbb kuah jadi pekat & lebih sedap.
- Kentang dipotong dadu...gaul dengan 2 sudu butter + mix herbs. Bakar kentang & meatball dlm 10 minit, suhu 150C
- Lepas kentang dah masak elok..letak meatball atas kentang, bubuh kuah bolognese & tabur mozarella. Lagi byk cheese lagi sedap :) Bakar sampai cheese cair.

Sambal Tempoyak Pucuk Ubi

Sambal tempoyak pucuk ubi

BAHAN BAHAN

3 ikat pucuk ubi ~ kkzu buat 1 ikat aje asalkan banyak yang muda pucuknye ye ~ hiris kasar
75 gm tempoyak
10 gm petai ~ tambah lebih banyak lebih auuwww
1 labu bawang besar ~ hiris
3 ulas bawang putih ~ hiris
2 tangkai serai ~ hiris
1 tangkai cili merah ~ hiris
1 tangkai cili hijau ~ hiris
12 tangkai cili padi ~ macam biasa kkzu akan menambah kuantiti nye ~ pedas gilerr tuu
3 cm kunyit hidup
1 helai daun kunyit ~ hiris
250 ml santan pekat
50 ml air
garam dan gula secukup rasa

CARA CARA

Panaskan kuali @ periuk
Masukkan santan, bawang besar dan bawang putih
Masukkan serai dan daun kunyit , kacau seketika
Masukkan pula cili api, kunyit dan tempoyak, kacau perlahan
Apabile kuah sudah mendidih masukkan hirisan cili hijau, cili merah dan petai secukupnye
Akhie sekali masukkan hirisan pucuk ubi, dan sesuaikan rasa garam dan gula nye.

Sumber: FB Singaporean Pakimix/ DAPURKAKZU

Share Supaya Tak Hilang.
Sila Comment "saya share"
dan tekan Share Untuk dapatkan resepi PERCUMA di Newsfeed anda

Apam Beras

Bahan2nya..
3 cwn nasi sejuk..
3 cwn air...
1 setengah cwn gula....
(Blend semua d atas hngga halus)
3 cwn tepung gandum...
2 cwn tepung beras...
1 pkt maurinpan....

Caranya...
1.Campur semua bahan hingga sebati....dn isi pewarna(ikut kesukaan)...
2. Perap selama 1 jam...
3. Panaskn pengukus..
4.Sapukn sedikit minyak pd acuan..panaskn sekejap...
5.Masukkn adunan perap tadi..dlm acuan...kukus selama...10 minit..
6.Selamat mencuba...

Colek buah

Malam  tadi saya makan colek buah.. so sy masak sendiri colek sb sy byk cerewet.. Belajar dari rasa..
Bahan utk resipi colek calik buah special utk sengkuang dan buah sengkatan dgnnya:-
Belanje resipi colek calik bulan puasa.. cik adik cik kakak boleh save kt Memo..

Colek Calik Buah
By AzmahSonik
Bahannya;-
Utk 1 botol besar:-
Gula merah 1 cawan
Manisan/gula melaka  4 karet
1 sdm garam
Cili kering yg diblend dn sudah dimasak.. 2 sdm
Sedikit blacan utk aroma
Tp sy guna terasi ABC
Terasi=belacan
Sambal blacan yg xabis boleh guna.
2 sdm kicap pekat..
2 sdm tepung jagung bncuh dgn 1 cawan air sejuk.
Kacang tanah 1 cawan..digoring dan di blender halus... nk letak lebih lg bagus.. ..
Caranya:
Masukkn manisan, gula merah + 1 kole air.. masak.. bila dah cair masukkan sambal belacan, garam, terasi, kicap pekat.. td.. kacau bg mesra.. masuk  tepung jagung .. kacau lg.. kemudian kacang  tumbuk/ kisar.. kacau dan tutup api.. test rasa .. masim, manis, pedas, aroma blacan n pekat.. rasa kacang..
Tu yg special resipi saya.
Pls share n like..

Biskut Samperit Pandan

Resepi Biskut Samperit Pandan

Bahan A
200gm mentega
100gm gula ising
1 biji kuning telur
1/4 tsp pes pandan/pandan emulco
1/2 tsp pewarna hijau epal

Bahan B
250gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm tepung kastard
Hiasan : Coklat masakan putih dan manik hundred thousand.

Cara :
1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 1 jam.
2. Guna nozzle tart gulung dan tekan ke atas loyang yang telah di griskan. Potong mengikut saiz di kehendaki.
3. Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau hingga kekuningan.
4. Biarkan biskut sejuk baru di hias dengan coklat masakan putih yang dicairkan secara double boiler, masukkan ke dalam kon kertas, gunting sedikit muncungnya dan pipe di tengah biskut dan tabur dengan manik berwarna.
5. Biskut ini agak nipis, jika mau lebih tebal tindihkan selapis lagi.
Selamat Mencuba..

bersarang semut la kita hari nie....
resepi yang senang... guna cawan saja n tak payah sejukkan doh dalam peti.., lepas uli boleh terus parut....,

resepi biskut sarang semut

bahan2
250gram buttercup(suhu bilik)
1cawan gula halus
(mixer 2 bahan nie hingga putih)
3cawan tepung gandum
1cawan tepung jagung
1cawan tepung kastard
(ayak 3 tepung nie)
1 penutup esen vanila
1 biji kuning telur
papercup
coklat rice
penyagat cheese yg paling halus

cara2
dah mixer putih gula n butter masukkan kuning telur Dan esen vanila. mixer lagi hingga sebati.
masukkan bahan ayak Dan uli hingga tak melekat Kat tangan.
kepalkan adunan menjadi doh kecik dan terus sagat dalam mangkuk laen.
sudukan adunan dalam papercup Dan tabur coklat rice
bakar pada suhu 180celcius 20min atau mengikut oven masing2

CHOCOLATE COCONUT BARS

Bahan-bahan:

3 cawan biskut hancur (biskut marie @ biskut lemak @ apa2 biskut)
1/4 cawan gula
3/4 cawan butter (cairkan)
1 cawan kacang pecan (mengikut citarasa masing-masing)
1 cawan coklat cip (semi sweet)
1 tin susu pekat
1 1/2 cawan kelapa parut

Cara penyediaan:

1) Panaskan oven sehingga 375 degrees
2) Gaulkan biskut hancur , gula dan butter sehingga sebati.
3) Tuangkan ke atas dulang pembakar dan tekan mampatkan
     doh tersebut.
4) Bakar selama 10 minit, dan biarkan sejukn selama 20 minit.
5) Taburkan kacang pecan dan coklat di atas biskut kemudian
     tuangkan pula 1 tin susu di atasnya. Sapu rata di setiap
     permukaan.
6) Taburkan kelapa yang di sagat tadi di atasnya.
7) Bakar semula sehingga kelapa masak kira-kira 10 - 13 minit.
8) Siap di bakar sejukkan dan boleh di potong mengikut saiz yang
    di kehendaki.

Rrts 116
Koleh kacang.
2 cawan tpung  kcang hijau
2 kping gula melaka
Setngah cawan gula klau nak manis lbihkan sikit
Santan 5cwan
Sadikit garam
Bncuh kesemua bahan2 diatas sahingga sebati kacau diatas api hngga berkilat tuang dlam loyang ratakan biar sejuk
Untuk taik minyak
1biji klapa blender supaya dapat santan pekat
Lbih krang 3 cawan masak sambil dikacau sahingga menjadi taik minyak,tabur lah diatas kueh tadi siap

Sabtu, 11 Jun 2016

RESEPI BUTTERCREAM BUNGA ROS

RESEPI BUTTERCREAM BUNGA ROS

200GM   SHORTENING
300GM   GULA AISING
1/3 BOTOL KECIL PEWARNA MERAH

Ayak gual aising...satukan pewarna merah dengan shortening..putar speed perlahan dahulu sambil masukkan gula aising sedikit demi sedikit..guna sudu je...dh habis gula aising,baru putar speed sederhana sampai sebati..bukan speed paling laju ye...kalau malas atau nak cepat,campurkan semua sekali putar speed prlahan dahulu,kemudian baru tukar ke speed sederhana ...putar sampai sebati... Bila dah sebati,masukkan ke dalam bekas(terpulang nak letak dalam bekas apapun,janji boleh tutup) dan simpanlah dalam almari sekurang-kurangnya semalaman...saya suka simpan 2-3 hari bagi mendapatkan wrna merah lebih cantik.
Selepas 3 hari....

MASUKAN 1 SUDU KECIL PERISA STRAWBBERI.
GAUL SEBATI..GUNA SENDUK PUN TAK APA.

Nota :-kalau buttercream keras sukar dipaip,tambah shortening..kalau lembik tambah gula aising (ayak dahulu)

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.