Selasa, 31 Mac 2009

Mee Goreng Tyra Iskina

Petang semalam leka melayan anak-anak di dapur. Sebenarnya hanya sekadar memasak mee goreng sahaja. Aku pun tak tau nama resipi mee ini. Lagipun aku main campak-campak aje.

Aku namakannya


Mee goreng Tyra Iskina.

Bahan-bahan:
5kg mee kuning
5 ulas Bawang putih diketuk
7 ulas Bawang merah kecik di hiris
1 labuBawang besar dipotong nipis
Rm2 Sayur sawi
5 ulas lada merah
200gm udang
200gm sotong
200gm isi ayam dan sedikit tulang
2 sudu besar kicap
2 sudu soso tiram
2 susud sos cili
2 sudu soso tomato
5 biji tomato sederhana


Untuk Hiasan:
Daun sup
lada merah di potong nipis
Daun bawang dimayang

Cara-cara:
Mula-mula, sediakan ketuk bawang putih, mayang bawang merah dan besar. Potong sawi, ayam, udang dan sotong dibersihkan dan ditoskan.
Lepas tu tumis bawang putih sampai naik wangi. Campak ayam dan goreng sederhana masak. mMasukkan bawang merah.
Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato dan biar 3 minit. Masukkan bawang besar.Lepas tu masukkan sayur, sotong dan udang. Masukkan sedikit air biar sampai mendidih dan hampir kering. Masukkan mee dan masak sampai sebati. Masukkan tomato dan lada merah. Matikan api dan biar atas kuali. Bleh hidang. Hasilnya...
Mee yang aku masak sampai 5kg tu habis dimakan oleh seluruh ahli keluargaku.

Ini adalah antara bahan-bahannya:

Sayur sawi
Mee Kuning

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.