Pertama kali aku minum teh 3 layer ni di Cherang, Kota Bharu tahun 2009. Aku pun dah lupa restoran tu kat mana, tapi apa yang aku ingat ianya terletak di tepi jalan yang agak sibuk menghala ke Hospital Kota Bharu (HRPZ II). Semasa itu harga segelas tea 3 layer hanya RM2.00 sahaja.
Beberapa bulan yang lepas aku singgah di sebuah restoran yang terletak di tepi jalan Kuala Krai-Gua Musang berdekatan dengan Kuala Krai. Nama Restoran itu D'yana Garden. Harga segelas tea 3 layer ialah RM3.00.
Aku memang suka minum teh ini kerana rasa dan aromanya yang wangi dan bagiku ianya seakan-akan terbayang-bayang keenakkan dalam minda kita selepas meminumnya. Teh ini semakin digemari kerana rasanya seakan-akan air cendol. Biasanya, lapisan bawah gula merah boleh didapati di dalam botol 'sirap gula' yang sedia untuk digunakan tetapi sukar dibeli di kedai-kedai runcit yang biasa. Cuba sediakan sendiri. Sukatan adalah untuk menghasilkan 2 atau 3 gelas yang tinggi. Sukatan air gula, susu dan teh boleh diubahsuai ikut selera.
Aku belum berkesempatan mencubanya tetapi aku telah mengumpul beberapa resepi yang aku ambil di internet dan resepi yang aku dapat dari adikku Perencah Resipi Belantaraku serta resipi dari Chef Norzailina Nordin.
Inilah Resipi 3 Layer Tea
RESEPI: Tea 3 Layer
Oleh:Nur Honney Robbi
cc : www.facebook.com/bukuresepi
Bahan-bahan
3 ucang teh( honney guna 2 uncang je)
3 keping gula melaka( honney guna 4SB gula merah + 3SB gula pasir)
1/2 tin susu cair( honney guna suku je)
Sedikit air(agak-agak dapat mencairkan gula merah tadi tu je)
Ais( honney guna ice cube dalam 3-4 ketul untuk segelas)
Cara-cara:-
1. Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika.
2. Cairkan gula melaka dalam periuk dengan sedikit air( honney larutkan dengan didihkan atas api). Kacau hingga gula melaka/gula merah+gula pasir hancur dan sebati.
3. Masukkan air gula melaka/gula merah+gula pasir ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
4. Masukkan ais ke atas lapisan gula melaka/gula merah+gula pasir.
Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan.
5. Masukkan air teh dengan perlahan-lahan. Siap untuk diminum!
Sila kurangkan gula melaka/gula merah+gula pasir kalau tak suka manis.
Boleh juga nak tambah teh uncang supaya lapisan teh lebih pekat
Resipi ke-2
credit to : Dapur Malaysia
Bahan-bahan ( 2 gelas)
3 uncang teh
3 keping gula Melaka
1/2 tin susu cair
Sedikit air
Ketulan Ais secukupnya
Cara-caranya:
Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika.
Cairkan gula Melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula Melaka hancur dan sebati.
Masukkan air gula Melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
Masukkan ais ke atas lapisan gula Melaka. Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan.
Masukkan air teh dengan perlahan-lahan. Siap untuk diminum.
Sila kurangkan gula Melaka kalau tidak suka manis. Boleh juga nak tambah uncang teh supaya lapisan teh lebih pekat.
Resipi Teh 3 Lapis by Cheff Norzailina Nordin
Bahan-bahan
200ml susu cair
Air secukupnya
Bahan Air Teh
200ml air panas
1 uncang teh
Bahan air gula Melaka
80 gm gula Melaka
150gm gula merah
40gm gula pasir
200ml air
1 helai daun pandan, disimpulkan
Cara-cara Membuatnya:
Jerang semua bahan air gula Melaka hingga mendidih.
Perlahankan api, renehkan hingga pekat (Jangan terlalu pekat ia akan menjadi keras bila sejuk). Biarkan sejuk.
Tuangkan air gula Melaka ke dalam gelas.
Tuangkan pula susu cair untuk lapisan tengah.
Akhir sekali tuangkan air teh (perlahan-lahan) dan masukkan ais.