Memaparkan catatan dengan label Resipi Chef Norzailina Nordin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resipi Chef Norzailina Nordin. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Mei 2013

Teh 3 Lapis ( 3 Layer Tea)

Pertama kali aku minum teh 3 layer ni di Cherang, Kota Bharu tahun 2009. Aku pun dah lupa restoran tu kat mana, tapi apa yang aku ingat ianya terletak di tepi jalan  yang agak sibuk menghala ke Hospital Kota Bharu (HRPZ II). Semasa itu harga segelas tea 3 layer hanya RM2.00 sahaja.
Beberapa bulan yang lepas aku singgah di sebuah restoran yang terletak di tepi jalan Kuala Krai-Gua Musang berdekatan dengan Kuala Krai. Nama Restoran itu D'yana Garden. Harga segelas tea 3 layer ialah RM3.00.
Aku memang suka minum teh ini kerana rasa dan aromanya yang wangi dan bagiku ianya seakan-akan terbayang-bayang keenakkan dalam minda kita selepas meminumnya. Teh ini semakin digemari kerana rasanya seakan-akan air cendol. Biasanya, lapisan bawah gula merah boleh didapati di dalam botol 'sirap gula' yang sedia untuk digunakan tetapi sukar dibeli di kedai-kedai runcit yang biasa. Cuba sediakan sendiri. Sukatan adalah untuk menghasilkan 2 atau 3 gelas yang tinggi. Sukatan air gula, susu dan teh boleh diubahsuai ikut selera.
Aku belum berkesempatan mencubanya tetapi aku telah mengumpul beberapa resepi yang aku ambil di internet dan resepi yang aku dapat dari adikku Perencah Resipi Belantaraku  serta resipi dari Chef Norzailina Nordin.


Inilah Resipi 3 Layer Tea
RESEPI: Tea 3 Layer
Oleh:Nur Honney Robbi
cc : www.facebook.com/bukuresepi



Bahan-bahan

3 ucang teh( honney guna 2 uncang je)
3 keping gula melaka( honney guna 4SB gula merah + 3SB gula pasir)
1/2 tin susu cair( honney guna suku je)
Sedikit air(agak-agak dapat mencairkan gula merah tadi tu je)
Ais( honney guna ice cube dalam 3-4 ketul untuk segelas)

Cara-cara:-
1. Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika.
2. Cairkan gula melaka dalam periuk dengan sedikit air( honney larutkan dengan didihkan atas api). Kacau hingga gula melaka/gula merah+gula pasir hancur dan sebati.
3. Masukkan air gula melaka/gula merah+gula pasir ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
4. Masukkan ais ke atas lapisan gula melaka/gula merah+gula pasir.
Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan.
5. Masukkan air teh dengan perlahan-lahan. Siap untuk diminum!
Sila kurangkan gula melaka/gula merah+gula pasir kalau tak suka manis.
Boleh juga nak tambah teh uncang supaya lapisan teh lebih pekat 




Resipi ke-2

credit to : Dapur Malaysia

Bahan-bahan ( 2 gelas)

3 uncang teh
3 keping gula Melaka
1/2 tin susu cair
Sedikit air
Ketulan Ais secukupnya

Cara-caranya:

Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika.
Cairkan gula Melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula Melaka hancur dan sebati.
Masukkan air gula Melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
Masukkan ais ke atas lapisan gula Melaka. Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan.
Masukkan air teh dengan perlahan-lahan. Siap untuk diminum.

Sila kurangkan gula Melaka kalau tidak suka manis. Boleh juga nak tambah uncang teh supaya lapisan teh lebih pekat.


Resipi Teh 3 Lapis by Cheff Norzailina Nordin


Bahan-bahan

200ml susu cair
Air secukupnya

Bahan Air Teh

200ml air panas
1 uncang teh

Bahan air gula Melaka

80 gm gula Melaka
150gm gula merah
40gm gula pasir
200ml air
1 helai daun pandan, disimpulkan

Cara-cara Membuatnya:

Jerang semua bahan air gula Melaka hingga mendidih.
Perlahankan api, renehkan hingga pekat (Jangan terlalu pekat ia akan menjadi keras bila sejuk). Biarkan sejuk.
Tuangkan air gula Melaka ke dalam gelas.
Tuangkan pula susu cair untuk lapisan tengah.
Akhir sekali tuangkan air teh (perlahan-lahan) dan masukkan ais.

Sabtu, 9 Jun 2012

Jom Minum Petang

Butter Cheesecake

Kek Mentega atau Butter Cake adalah kek paling biasa dan digemari ramai. Pernahkah anda nikmati kek mentega yang berasa keju? Inilah kek paling gebu dan lembut. Anda pasti tidak akan jemu memakannya. Lemak dan harumnya begitu seimbang dan memikat. Ia juga tidak semanis kek yang lazim.

Bahan paling utama adalah mentega. Gunakan mentega bermutu tinggi dan harum baunya supaya kek wangi. Mentega jenis ini mengandungi lemak krim dan tiada campuran lemak sayuran seperti mentega yang lain. Mudah saja mengenalinya. Ia lebih mahal dan senang lembut bila diletak pada suhu bilik.

Sebaik-baiknya, potong sebuku mentega itu menjadi lapan bahagian. Dengan cara ini, ia akan lembut sekata dengan sempurna. Mentega yang tidak dipotong mengambil masa yang lebih panjang untuk menjadi lembut. Jika dapur anda agak panas, bahagian luar mentega mungkin bertukar menjadi cair (berminyak) dan ini boleh merosakkan tekstur kek.

Krim keju juga perlu dibiar pada suhu bilik supaya lembut. Jika tidak, ada bahagian yang tidak boleh sebati bila dipukul. Ketulan-ketulan kecil ini menghalang adunan daripada menjadi gebu sepenuhnya. Hasilnya kek tidak akan menjadi lembut dan ‘cair’ di dalam mulut. Inilah di antara ciri-ciri utama yang perlu diperhatikan setiap kali hendak menggunakan krim keju di dalam sebarang jenis masakan.

Oleh kerana kek yang mengandungi krim keju tidak tahan lebih daripada tiga hari, anda boleh masukkan sedikit bahan pengawet seperti potassium sorbate ke dalam adunan. Ia juga dikenali dengan anti-mould. Sukatan adalah mengikut sukatan berat semua bahan-bahan. Contohnya, jika bahan sebanyak 1 kilogram, gunakan hanya 10 miligram (anggaran secubit) bahan pengawet.

Untuk mengadun kek biasa, anda perlu memukul gula kastor bersama mentega. Namun begitu, untuk kek ini, langkah pertama adalah memastikan krim keju dan mentega gebu terlebih dulu. Ini adalah supaya kedua-dua bahan lemak (fat) ini benar-benar sebati dan memudahkan kek untuk kembang. Kemudian barulah dimasukkan sedikit demi sedikit gula sambil dipukul hingga kembang dan pucat warnanya. Ia kelihatan keputih-putihan dan ringan. Gula juga perlu hancur sepenuhnya. Kuning telur juga perlu dimasukkan sebiji demi sebiji dan dipukul rata setelah setiap kali.

Perlu diingat, semasa mengasingkan kuning dan putih telur, tangan anda hendaklah bersih. Mangkuk tempat meletak putih telur juga tidak boleh mengandungi sebarang kesan minyak. Begitu juga dengan pemutar elektrik (electric mixer). Bilas terlebih dulu dengan air panas kemudian lap kering-kering dengan kain bersih.

Jika ada kesan minyak (daripada marjerin atau lemak yang lain), putih telur yang dipukul tidak menjadi kental dengan sempurna. Ini juga satu sebab kenapa kek tidak naik dengan elok. Cara untuk memastikan putih telur sedia untuk digunakan adalah dengan menterbalikkan mangkuk. Putih telur yang cukup kental tidak akan mengalir keluar atau jatuh.

Jika sukar mendapatkan krim tartar, anda boleh gantikan dengan garam. Garam juga akan membantu putih telur menjadi kental. Sewaktu memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, gunakan senduk kayu atau sudu keluli yang besar. Jangan masukkan sekaligus. Sebaik-baiknya, bahagikan tepung menjadi 6 bahagian. Masukkan satu bahagian, kacau rata sebelum tambah satu lagi bahagian.

Proses mencampurkan putih telur yang sudah kental ke dalam adunan dipanggil kaup balik. Caranya adalah membahagi putih telur kepada tiga bahagian. Masukkan 1/3 terlebih dulu dan kacau perlahan dengan spatula plastik. Tidak perlu memukul atau mengacau dengan laju (seperti memasukkan tepung).

Sebaik saja bahagian pertama sebati, campurkan 1/3 putih telur lagi dan kacau rata. Tujuan mengacau perlahan (dalam bentuk angka ‘8’) adalah supaya gelembung udara akan terperangkap di dalam adunan. Inilah yang akan menjadikan kek ringan dan gebu serta terlalu lembut dan enak.

Jika mahu, boleh bakar adunan di dalam mangkuk-mangkuk kertas. Pastikan mangkuk diletakkan di dalam tin ‘patty’ yang sama besar dengannya. Ini akan memastikan kek cantik setelah masak. Boleh juga gunakan mangkuk kertas yang sudah dikuatkan di sekelilingnya. Mangkuk seperti ini selalu digunakan untuk membuat cup cakes yang sungguh popular itu.

Suhu untuk membakar kek juga kurang daripada biasa kerana kandungan krim keju di dalamnya. Seperti biasa, cucuk dengan lidi hingga ke dasar untuk memastikan kek sudah masak. Kek seperti ini sesuai jika dihias dengan aising krim keju. Perhatikan bahawa sebuku krim keju seberat 250 gm dan anda hanya gunakan separuh saja. Jadi, bakinya boleh dipukul dengan gula aising serta sedikit jus lemon dan disapu sebagai aising.

Kek Mentega Keju170 gm mentega
125 gm krim keju
250 gm gula kastor
5 biji kuning telur
210 gm tepung serbaguna }
1½ camt serbuk penaik } diayak
2 camca teh vanila
5 biji putih telur
1/8 camca teh garam


Cara membuat
1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya.
2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis.
3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati.
4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila.
5. Dalam mangkuk bersih, pukul putih telur hingga berbuih.
6. Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi.
7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis.
8. Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan dilengser marjerin.
9. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak.
10. Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin.

Jumaat, 8 Jun 2012

Apa yang anda perlu tahu

Pemantap Kek

Apakah bahan di dalam ovalette @ Quick 75 @ Sponge Cake Stabilizer @ pemantap kek / span?

Bahan yang saya selidiki adalah produk Moody International dengan Logo Halal, diperbuat di Malaysia. Ia mengandungi sorbitol, pengemulsi, air, propylene gylcol, garam mineral dan pewarna yang dibenarkan.

Sorbitol -dikenali sebagai glucitol, adalah sugar alcohol yang diperolehi melalui proses mereduksi glukos (menukar dari aldehyde ke hydroxyl). Ia 'gula' tiruan yang selalu digunakan dalam makanan untuk diet dan aiskrim, gula-gula getah, gula-gula pudina dan ubat batuk. Dalam bentuk semulajadi dari buah-buahan berbiji keras (stone fruits) dan beri pokok.

Propylene glycol - kompaun organik yang tidak berapa manis, lutsinar dan pekat bersifat hygroscopic dan 'larut' dengan air, acetone dan kloroform. Ia diproses secara industri dengan kaedah hidrasi propylene oksid.

Khamis, 1 Oktober 2009

Resipi Sihat

Siakap Kukus

600 g (1 ekor) ikan siakap
30 g taucu – tapis & cincang
15 ml minyak kelapa dara
180 g (1 biji) tomato – dadu kecil
70 g cendawan butang – hiris nipis
20 gm keichi (gojii)
6 cm halia muda – hiris halus
2 tangkai daun bawang – potong 1 cm
Garam, serbuk lada sulah secukupnya

Cara membuat
1. Lumur ikan dengan garam dan serbuk lada sulah.
2. Letak ikan di atas daun pisang. Satukan taucu, minyak dan tomato.
3. Tuangkan ke atas ikan. Taburkan cendawan, keichi dan halia muda.
4. Kukus ikan selama 25 minit atau hingga masak.
5. Angkat dan taburkan daun bawang sebelum disajikan.

Salad Buah Dadih

200 g tembikai susu

200 g nenas
280 g oren
150 g pisang
10 ml jus limau nipis

Sos Dadih
3 sudu besar gula perang
150 g dadih ‘rendah lemak’ buah campuran
30 ml jus oren
30 ml madu

Cara membuat
1. Potong dadu tembikai susu dan nenas.
2. Potong berbaji oren untuk ambil isinya.
3. Belah 2 pisang dan potong 1 cm. Gaul dengan jus limau nipis.
4. Campurkan semua buah-buahan dan sudukan ke dalam mangkuk kecil.
5. Satukan semua bahan sos di dalam mangkuk.
6. Tuangkan sos dadih di atasnya dan sajikan.

Resipi Sihat

Siakap Kukus

600 g (1 ekor) ikan siakap
30 g taucu – tapis & cincang
15 ml minyak kelapa dara
180 g (1 biji) tomato – dadu kecil
70 g cendawan butang – hiris nipis
20 gm keichi (gojii)
6 cm halia muda – hiris halus
2 tangkai daun bawang – potong 1 cm
Garam, serbuk lada sulah secukupnya

Cara membuat
1. Lumur ikan dengan garam dan serbuk lada sulah.
2. Letak ikan di atas daun pisang. Satukan taucu, minyak dan tomato.
3. Tuangkan ke atas ikan. Taburkan cendawan, keichi dan halia muda.
4. Kukus ikan selama 25 minit atau hingga masak.
5. Angkat dan taburkan daun bawang sebelum disajikan.

Salad Buah Dadih

200 g tembikai susu

200 g nenas
280 g oren
150 g pisang
10 ml jus limau nipis

Sos Dadih
3 sudu besar gula perang
150 g dadih ‘rendah lemak’ buah campuran
30 ml jus oren
30 ml madu

Cara membuat
1. Potong dadu tembikai susu dan nenas.
2. Potong berbaji oren untuk ambil isinya.
3. Belah 2 pisang dan potong 1 cm. Gaul dengan jus limau nipis.
4. Campurkan semua buah-buahan dan sudukan ke dalam mangkuk kecil.
5. Satukan semua bahan sos di dalam mangkuk.
6. Tuangkan sos dadih di atasnya dan sajikan.

Rabu, 9 September 2009

Resipi Chef Norzailina

BISKUT HORLICKS

1 c mentega
1½ cawan gula kastor
2 camt vanila
2 camb susu pekat
2½ c tepung gandum
¾ c Horlicks
½ camt soda penaik
2 biji telur Gred A
1 cawan cip coklat

Pukul mentega, gula hingga sebati.
Masukkan vanila, susu pekat dan telur.
Pukul sederhana laju selama 2 min.
Masukkan bahan lain dan cip coklat.
Dengan dua sudu kecil, ambil adunan dan letak atas tin pembakar beralas foil (tak perlu lengser).
Bakar pada 160 C selama 25 min atau hingga sekelilingnya keemasan.

**Tekstur biskut ini seperti biskut Chocolate Chip dengan istilah 'Drop Cookies'. Tidak boleh diterap. Biarkan seketika selepas dikeluarkan dari oven kerana ia lembut sedikit... (ps: saya belum berpeluang mencubanya lagi...)
Foto : flickr.com

Kek Batik

80 g milo
45 g serbuk koko
125 ml air mendidih

190 g mentega

200 g susu pekat

110 g gula kastor

5 biji telur, dipukul sedikit

1 camt vanila

250 g biskut Marie, dipatah 4


Cara membuatnya:
Alas tin lof (23x9x7cm) dengan kertas kalis minyak.
Sebatikan milo, koko dan air mendidih.

Masukkan mentega, susu pekat, gula, telur dan vanila.

Kacau atas api sederhana hingga pekat, kira-kira 5 min.

Perlahankan api, kacau tanpa henti selama 20 min lagi.

Tuangkan ke dalam mangkuk, gaulkan dengan biskut.
Ratakan dan tekan (padat) ke dalam tin lof tadi. Biar sejuk.

Tutup dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 4-8 jam.

Credit pic ~ http://cornercafe.wordpress.com

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.