Sekarang ini kalau telefon Android tak install Wassap Chat memang tak sah. Akak juga ada join group wassap berkaitan masakan . Di sini kami berkongsi redepi, bertanyakan resepi dan pelbagai petua berkaitan dunia masakan serta bersembang berkaitan masakan.
Semalam akak bersembang kat wassap dan ada yang bertanya pasal resepi Colek Perut versi Kelantan.
Akak teringat akak pernah buat resepi ini. Memang rasanya sangat sedap dan kalau ada 'colek perut; ini maka inilah yang akak akan rasa terlebih dahulu.
Meh akak kongsi resepinya. Tapi ini style akak ya . Kalau ada cara lain mungkin ya... Resipi Colek Perut Akak ni sesuai di makan dengan nasi. Di tempat akak kalau ada kenduri kendara resepi ni pasti ada yang akan membuatnya. Kalau kenduru yang melibatkan sembelih sekor lembu confirm ada yang bikin colek perut. Ha dah kecur air liur akak bila teringat colek perut ini.
Jom akak share resipinya.
1kg perut lembu
Kalau suka boleh tambah paru
Untuk Kuah atau sos colek:
3 btg serai di bakar
5 ulas bawang merah ( 1 labu bawang besar) - dibakar
3 ulas bawang putih dibakar
Belacan bakar
Air perahan asam limau nipis
1 inci gula kabung
Gula, garam dan perasa secukup rasa.
Cara Membuatnya :
Akak tak dapat nak lampirkan foto kerana tiada dalam simpanan. Nanti kalau akak dah ada foto akak upload kat sini ya.

- Perut lembu dibersihkan. Kalau yang beli dah bersih bagus lah tapi kalau beli perut lembu yang jual kat pasar lembu segar memang kena mabil masa sikit bersihkan.
- Petua akak nak bersihkan perut lumur dengan kapur yang orang buat kuih atau yang makan sirih tu. Perap kejap baru dibersihkan.
- Bila dah bersihkan ambik pula daun betik ke, kulit buah betik yang masih ada getahnya. Ramas dan uli dalam perut. Kenapa ya? Bertujuan untuk melembutkan daging atau perut lembu/kerbau tadi. Perap dengan daun betik 30 minit hingga 1 jam.
- Lepas tu bersihkan sebersihnya perut lembu tadi dan rebus hingga empuk.
- Semua bahan bakar ditumbuk lumat atau di blend halus. Masukkan gula melaka atau gula kabung, air perahan limau nipis, gula, garam dan perasa. Sebatikan.
- Bila hendak guna ambil perut atau paru tadi potong ikut sukalah. Pastu ambil sos gaul sebati . Sedia untuk dihidangkan.
Akak tak dapat nak lampirkan foto kerana tiada dalam simpanan. Nanti kalau akak dah ada foto akak upload kat sini ya.