Memaparkan catatan dengan label Hidangan Bersama Nasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hidangan Bersama Nasi. Papar semua catatan

Isnin, 26 Disember 2016

Resipi Nasi Arab

RESEPI NASI ARAB

 Bahan untuk nasi
-2 1/2 cawan beras basmathi 
cuci dan rendam 1/2 jam
-4 cawan air rebusan ayam 
sukatan air ikut beras masing2
-garam secukup rasa
-2 sb minyak sapi
-pewarna kuning dan oren

Bahan yg disangai dan dikisar kering
REMPAH NASI ARAB SENDIRI PUNYA BUAT
-1/2 sm jintan manis
-1/2 sm jintan putih
-1/2 sm bunga cengkih
-1/2 sm lada hitam
-1/2 sm biji ketumbar
-1/2 sm buah pelaga

Bahan untuk ditumis
-1 biji bawang besar(dihiris halus)
-3 ulas bawang putih(dihiris halus)
-buah pelaga
-kayu manis
-bunga lawang

Caranya
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis. Tumis hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan yg dikisar, gaul sebati.
3. Masukkan beras yg telah ditoskan, goreng sekejap hingga sebati.
4. Masukkan dalam rice cooker, masuk air rebusan ayam, garam dan masak seperti biasa.
5. Bila dah kering, letak pewarna di atas nasi, jangan dikacau, nanti nasi hancur.
6. Bila nak dihidangkan, baru gaul nasi, biar bercampur warna.

Resepi Ayam
( saya settlekan yg ni dulu, perap....kemudian baru masak nasi)
-1 ekor ayam ~ saya belah 4, dikelar2 bahagian dada kemudian direbus untuk mendapatkan stok ayam.
garam dan gula secukupnya

UTK REMPAH AYAM PERAP
Bahan dikisar
-3 inci halia
-2 biji kunyit hidup (guna yg serbuk pun ok)
-1 sm jintan manis
-1 sm jintan putih
-2 sm ketumbar
-1 sm buah pelaga
-1 biji bawang besar
-6 ulas bawang putih

Caranya
1. Gaul rata bahan dikisar pada ayam. Masukkan garam dan gula.
Perap selama 2 - 3 jam ~ lagi lama lagi bagus.
2. Panggang atau bakar ayam hingga masak..

 Resepi Salad:
-1 - 2 biji tomato *
-1 batang mentimun*
-1 batang lobak merah*
-1 biji bawang besar* ~ * didadu
-lada hijau dihiris
-daun ketumbar
garam, gula dan cuka secukupnya
( campur semua bahan, perasakan masin, manis dan masam secukupnya)

Resepi sambal Air Asam
-3 biji cili merah
-5 biji cili api
-1 b
-1 biji buah tomato
-1 biji bawang besar
-sedikit belacan
-garam dan gula
-jus limau nipis @ air asam jawa
-sedikit air masak
untuk mesin bahan
(campur semua bahan, mesin hingga halus dan sedia dihidang)

Kredit: Shai Anne Ahemed

Jumaat, 6 Mac 2015

Ulaman Pilihan Akak

Akak sekarang tengah plan nak tanam sayur termasuk ulaman kat belakang dapur rumah akak. Tanah yang tinggal 'sebucu' kat belakang dapur akak dah nampak apa yang bakal tumbuh nanti.
Dalam kepala plan nak tanam ulam raja, pokok pandan, pucuk gajus, daun pandan, daun kesum, sayur hijau, daun sup dan lain-lain lagi.
Kalau tanam sendiri jimat sikit duit dapur akak maklumlah akak ni suka sangat makan sayur dan ulaman. Kalau ikutkan budu pun akak nak buat sendiri tapi bila fikirkan resepinya akak rasa tak sanggup plak nak buat budu sendiri.
Keluarga akak tak sah makan nasi tanpa sayur atau ulaman setiap hari. Memang menu wajib dalam hidangan setiap kali makan.
 
Pucuk Oregano atau pucuk bangun-bangun enak dibuat ulam. Walaupun ada sesetengah orang tidak gemarkan rasa dan baunya tapi akak suka sangat dengan daun oregano ini dijadikan ulam. Khasiatnya untuk melancarkan pengaliran darah dan yang pastinya untuk awet muda.

 Daun pudina, rasanya sedikit manis dan ada rasa mint. Kalau mulut bau busuk elok sangat kunyah daun ini. Akak suka jadikan ulam siap cicah dengan budu lagi. Bagi yang tak suka budu boleh makan begitu sahaja atau dicicah sambal belacan atau cencaluk. Cubalah untuk rahsia kehebatannya.

 Daun Selom, ulaman kegemaran anak-anak dan suami akak. Dimakan dengan sambal belacan tapi keluarga akak menikmatinya dengan budu. Daun ini juga boleh dijadikan kerabu dengan campuran, kerisik, isi ikan, halia, bawang merah, bawang putih, lada hitam, serai, perahan limau nipis atau kasturi, gula garam dan sedikit serbuk perasa. Akak lebih suka taruk gula melaka. Khasiat daun ini akak tak pasti sangat tapi ianya sangat berkhasiat untuk kita. Sebab itu akak amalkan.

 
Pucuk beko salah satu ulam yang akak gemar dicecah dengan budu. Dimakan mentah atau dicelur. Rasanya sedikit pahit tapi sebab akak dah biasa rasanya yang pahit itu menjadi satu kemanisan pula bila dimakan dengan nasi. Daun ini juga mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh. Ianya boleh dijadikan kerabu seperti di atas. Buahnya juga sedap dibakar dan dijadikan kerabu atau ulam.


 Pucuk Bertik, akak boleh makan sebagai ulam dengan cara dicelurkannya dan dicicah budu. Rasanya sedikit pahit. Kalau ibu menyusu mengalami masalah kurang susu badan boleh makan pucuk betik celur. Kalau tidka celur akak tak galakkan sangat sebab ianya boleh menyebabkan direa atau cirit birit disebabkan getahnya.

 
Pucuk sayur manis atau cekak manis, enak dibuat sayur putih atau dicampur ubi kentang atau keledek, sedikit ikan bilis, baang putih, lada hitam , bawang merah. Boleh dijadikan sayur lemak dengan menggunakan santan atau sayur sup tanpa santan.

Pucuk Duri Tujuh, digemari kerana khasiatnya untuk penawar kanser. Boleh dimakan mentah atau dijadikan ulam. Rasanya lembut sedikit berlendir tapi sedap.

 Pucuk gajus sebagai ulam cicah budu. Kat rumah akak pokok ini sering kehilangan pucuknya sebab ianya menjadi kegemaran ahli keluarga akak.

 Pucuk Kaduk. Sesuai dimasak lemak campur dengan  udang atau siput sedut.

 Pokok kemangi dan ada yang panggil daun selasih. Akak suka jadikan ulam. Khasiat untuk kewanitaan. Bau wangi dan ada rasa mint.

 Pucuk midin enak dijadikan sayur goreng atau sayur lemak, keluarga pucuk paku juga ni. Mengandungi banyak jhasiat zat besi sesuai untuk orang yang alami masalah kurang darah iaitu anemia.

 
Pucuk putat sebagai ulaman dicicah samabal belacan tapi akak lebih suka dengan budu. Rasanya sedikit kelat tapi sangat enak dan berkhasiat.

 
Pucuk ulam raja. Enak sebagai ulam mentah diciah dengan budu atau sambal belacan.

 
Pucuk paku. Boleh dijadikan ulam mentah atau dicelur. Boleh dimasak lemak atau digoreng.

Ahad, 6 Julai 2014

Resepi Colek Perut Versi Iskina

Sekarang ini kalau telefon Android tak install Wassap Chat memang tak sah. Akak juga ada join group wassap berkaitan masakan . Di sini kami berkongsi redepi, bertanyakan resepi dan pelbagai petua berkaitan dunia masakan serta bersembang berkaitan masakan.
Semalam akak bersembang kat wassap dan ada yang bertanya pasal resepi Colek Perut versi Kelantan.
Akak teringat akak pernah buat resepi ini. Memang rasanya sangat sedap dan kalau ada 'colek perut; ini maka inilah yang akak akan rasa terlebih dahulu.

Meh akak kongsi resepinya. Tapi ini style akak ya . Kalau ada cara lain mungkin ya... Resipi Colek Perut Akak ni sesuai di makan dengan nasi. Di tempat akak kalau ada kenduri kendara resepi ni pasti ada yang akan membuatnya. Kalau kenduru yang melibatkan sembelih sekor lembu confirm ada yang bikin colek perut. Ha dah kecur air liur akak bila teringat colek perut ini.

Jom akak share resipinya.
1kg perut lembu
Kalau suka boleh tambah paru


Untuk Kuah atau sos colek:

3 btg serai di bakar
5 ulas bawang merah ( 1 labu bawang besar) - dibakar
3 ulas bawang putih dibakar
Belacan bakar

Air perahan asam limau nipis
1 inci gula kabung
Gula, garam dan perasa secukup rasa.

Cara Membuatnya :
  1. Perut lembu dibersihkan. Kalau yang beli dah bersih bagus lah tapi kalau beli perut lembu yang jual kat pasar lembu segar memang kena mabil masa sikit bersihkan.
  2. Petua akak nak bersihkan perut lumur dengan kapur yang orang buat kuih atau yang makan sirih tu. Perap kejap baru dibersihkan.
  3. Bila dah bersihkan ambik pula daun betik ke, kulit buah betik yang masih ada getahnya. Ramas dan uli dalam perut. Kenapa ya? Bertujuan untuk melembutkan daging atau perut lembu/kerbau tadi. Perap dengan daun betik 30 minit hingga 1 jam.
  4. Lepas tu bersihkan sebersihnya perut lembu tadi dan rebus hingga empuk.
  5. Semua bahan bakar ditumbuk lumat atau di blend halus. Masukkan gula melaka atau gula kabung, air perahan limau nipis, gula, garam dan perasa. Sebatikan.
  6. Bila hendak guna ambil perut atau paru tadi potong ikut sukalah. Pastu ambil sos gaul sebati . Sedia untuk dihidangkan.
Adoi.. kecur air liur akak bila cerita pasal colek perut ni. Sebenarnya sebutan adalah 'Col'lek Perut'... Akak biasa makan dengan nasi colek perut ni.
Akak tak dapat nak lampirkan foto kerana tiada dalam simpanan. Nanti kalau akak dah ada foto akak upload kat sini ya.




Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.