Rabu, 12 September 2018

Resipi Nasi Daging

Nasi daging
Bahan2 :
Daging stgh kg potong kiub sederhana kecil n rebus
Beras 5cwan
2sb rempah kurma
3 sekawan
1sb marjerin
1ulas bawang merah hiris
1ulas bawang putih hiris
1helai daun pandan
Setengah kiub pati ayam
Suku setengah cawan susu cair
10bijik tomato kecil dipotong dua

Cara-cara memasaknya :
1. Panaskan minyak dan marjerin
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun pandan, 3sekawan n serbuk kurma. Kacau kejap biar sebati dan berbau harum
3. Masukkan beras yang dah dicuci dan ditoskan kacau biar sebati
4. Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging dan susu cair
5. Pindahkan periuk nasi ke dpo elektrik dan letak buah tomato kecil yang telah dipotong dua, tunggu je smp masak.
6. Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.

Air Asam Kerisek

1biji tomato dihiris
3 ulas bawang merah hiris
3 biji cilipadi hiris
Asam jawa
1sb kerisek
3 batang cili merah*
4 biji cili padi*
Belacan bakar besar ibu jari*
Garam*
Gula*

Cara Membuat Air Asam Kerisek
1. Tumbuk bahan bertanda * di atas
2. Bahan hiris masukkan dlm mangkuk
3. Masukkan bahan tumbuk ke dlm mangkuk
4. Masukkan asam jawa dan masukkan air sikit ramas2 biar sebati
5. Masukkan kerisik dan ramas-ramas lagi
6. Siap

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.