Isnin, 6 April 2009
Jom Cuba Resipi Puding Karamel dari Chetambiz
Terima Email dari blog resipidiana.blogspot.com dan chetambiz.blogspot.com. Nak masak sendiri sekarang kat luar. Tak ada dapur. Tapi resipinya memang menarik. So nak kongsi kat sini. Lagipun ilmu elok dikongsi.
Kek Puding Karamel
Sumber : Yani MyResepi
Bahan-bahan
Karamel
60g gula
1 sudu besar air
2 sudu besar air
Puding
4 biji telur
500ml susu segar
70g gula
sedikit esen vanila
Kek span
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan
Cara-cara
1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
2. Sediakan karamel. Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
3. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
4. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
5. Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
6. Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
7. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
8. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
9. Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
10. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
11. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.
ini adalah resipi dari chetambiz. Bila nak cuba ya. Aku paling suka makan kek puding ni. Pernah cuba buat sekali. Masa tu menjadi jugak. Fotonya ada snap tapi lupa letak kat mana folder. Mungkin dah terdelete.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan