Rabu, 6 Mei 2009
Biskut Museli Madu
BISKUT MUSELI MADU
BAHAN-BAHAN:
900 gm mentega
300 gm gula
230 gm madu
5 biji telur
600 gm tepung
10 gm serbuk penaik
5 gm garam
800 gm muesli
40 gm coklat cip | untuk hiasan
CARA MEMASAKNYA:
1. Sebatikan mentega dan gula. Gaulkan sebati.
2. Masukkan madu, telur dan juga tepung gandum.
3. Selepas sebati masukkan serbuk penaik, garam dan juga muesli. Kacau hingga sebati.
4. Terapkan adunan dalam acuan berbentuk rama-rama dan hiaskan dengan coklat cip
di atasnya.
5. Bakar dengan suhu 160'C selama 20 minit.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan