Jumaat, 7 Mac 2014

Telur Dadar campur Daun pucuk Puding

Semalam masa jenguk halaman rumah bonda aku ternampak pucuk pokok puding yang subur. Terfikir untuk masak dengan guna ramuan Pucuk Puding.
Ada tak yang tak kenal pokok puding ke?
 Ada yang tanya tak mabuk ke makan pucuk pokok ni?
Aku pun tak reti sangat nak bercerita pasal pokok ini sebab kat rumah bonda aku banyak pokok puding dijadikan sebagai tanaman hiasan dan pagar.
Okey kita cerita pasal masakan guna pucuk puding pula. Resepi ini boleh dikatakan dah lama aku cuba tapi jarang-jarang buat.
Resepi pucuk puding telur dadar ni aku dapat dri kawan aku sekitar tahun 1991 masa tu zaman sekolah menengah. Kawan aku ajar cara yang berbeza untuk membuat telur dadar betambah enak iaitu : Sila lihat foto yang aku baru snap pagi ini.
Resipi Telur Dadar Pucuk Puding

Bahan-bahan:
Telur 3 bj
Pucuk Puding 3 helai
Bawang Besar 1 labu kecil
Cili Padi dihiris.  1 biji
Minyak Masak untuk menggoreng

Cara-caranya:
Bancuh semua bahan sebati dan goreng macam biasa.

Resepi telur dadar ini aku tak tambah garam, gula atau perasa sebab sekarang ni Encik Abg aku dalam proses diet kurangkan semua-semua tu. Jadi apa rasanya telur dadar ni tanpa gula, garam dan perasa?
Aku lebih suka goreng telur tanpa gula dan garam. Rasanya yang asli dan tak perlu risau terlebih atau terkurang garam.
Rasanya sangat berbeza.

Selain itu aku juga ada belajar cara baru iaitu memasukkan sesudu gandum ke dalam adunan telur dadar. Hasilnya telur dadar aku rasa sangat rangup dan lebih enak.

Pesanan : Jangan terlebih gandum sebab telur akan jadi lempeng pula.

Kalau ibu-ibu atau akak nak cuba telur dadar versi baru ni... silakan. Bila dah cuba tu cuba bagi komen sikit apa pendapat rasa masakan anda. Keluarga anda suka tak cara ni?
Jom masuk dapur..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.