Ahad, 3 September 2017

Red Velvet Kek

Red Velvet Moist
Bahan kering (satukan bahan)
2 1/2 cawan (250gm) tepung gandum (saya guna cap sauh)
1 sdt soda bikarbonate
2 sdt serbuk koko
Bahan basah (satukan bahan)
1 1/2 cawan (150gm) gula pasir
1 cawan butter (telah dicairkan) suhu blik
1/2 cawan (100ml) minyak masak
1 cawan (200ml) buttermilk suhu bilik
2 biji telur saiz A
Bahan warna (satukan bahan)
1 sdt cuka makan
2 sdb pewarna merah
Bahan perisa
1 1/2 sdt esen vanilla
Cara2
1. Satukan bahan kering dalam satu bekas. Tak perlu ayak. Kacau hingga sebati dan ketepikan
2. Satukan bahan pewarna kacau sebati dan ketepikan.
3. Satukan bahan basah pukul sebati (gula hancur) lebih kurang 10-15 minit hi speed k. Lepas tu rehatkan 5 -10 minit
4. Guna senduk kayu atau spatula atau apa apa senduk pun boleh.. masukkan bahan kering sedikit demi sedikit (buat 3 portion) Kacau betul2. Jangan terlebih kacau k.. nanti bantat
5. Dah tu masukkan bahan pewarna dan perisa. Kacau lagi dah tu rehatkan lagi 5-10minit
6. Panaskan oven
7. Tuang adunan dalam 2 loyang 8inci. Isi sama banyak k. Goyang goyangkan sikit loyang tu.. hentak2 kan sikit loyang tu.. bagi udara dalam adunan tu keluar. Lepas tu rehatkan lagi 5-10minit
8. Bakar 170c antara 20-30 minit atau hingga masak
9. Sejukkan atas redai
Bahan Frosting
250gm cream cheese
125gm butter
100gm krimwell
2 sdt esen vanilla
500gm powder sugar atau gula aising (sangat manis.. nak kurang silakan)
1. Masukkan semua bahan kecuali gula. Pukul 3 minit
2. Masukkan gula sedikit demi sedikit (saya buat 5 portion) saya masukkan gula setiap seminit dengan kelajuan low speed. Habis masukkan gula.. tukar pada hi speed. Pukul lagi selama 15minit
3. Lepa la sepuas hati kat kek korang tu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.