Sabtu, 26 Januari 2019

Rendang Daging

Resepi Rendang Daging utk 50 org makan

Daging 3kg
Bawang besar 10 - 15 biji*
Bawang putih 2-3 labu*
Halia 2 ketul anggaran besar tapak tangan*
Lengkuas 2 ketul*
Serai 1 ikat anggaran 20 btg*
Kunyit hidup 4-5 ketul*
Buah keras 10 biji*
Cili padi 20 biji*
Cili kering kisar 2 mangkuk sup
Kayu manis, pelaga, cengkih, lawang
Daun limau purut
Daun kunyit
Kerisik 250gm
Kelapa parut 1/2 biji blend (hampas jgn buang, nak masukkan sekali dlm rendang)
Santan kotak kara kecik 1 1/2 kotak
Garam gula serbuk perasa secukupnya
Jus limau 3 sudu makan
Gula merah serbuk 3 sudu makan
Asam keping 3-4 keping
Minyak masak secukupnya.. ( jgn kedekut tau hehe)

Cara2nya..
1. Panaskan minyak, tumis kayu manis & the geng.
2. Masukkan semua bahan kisar (yg bertanda *) dan cili kisar.
3. Tumis hgga wangi dan agak garing baru masukkan daging.
4. Tambah sedikit air jika perlu. Tak perlu pun xpe sbb dlm proses masak daging akan mengeluarkan air.
5. Masukkan daun limau purut dn asam keping tggu hgga daging masak.
6. Perasakan dengan garam, gula, gula merah, jus limau, serbuk perasa. Gaul sebati.
7. Masukkan santan dan kelapa parut yg diblend td bersama hampasnya sekali. Gaul lagi.
8. Masukkan kerisik, daun kunyit yg dihiris tggu hgga rendang pekat.
9. Boleh tutup api jika daging sudah betul2 masak dan empuk.

**proses memasak rendang mengambil masa lebih kurang 2 1/2 jam..

Resepi pulut kuning utk 50 org makan

Kukus 4 kg beras pulut yg telah direndam sekurang2nya 2 jam dengan serbuk kunyit.

Bila dah masak santankan kemudian kukus semula dlm anggaran 10 minit utk tahan lama dan tidak mudah basi.

Anggaran sukatan santan, 1 biji kelapa parut utk 2 kg beras pulut. Blend, perah. Buat 2 kali. Masukkan garam, sedikit minyak masak gaul sebati baru santankan pulut.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.