Selasa, 1 Ogos 2023

Kek Alunan Kasih

Kek Alunan Kasih
(Topo Map Cake
by: CookingwithHel


Peralatan :
Loyang 14 x 14 cm

Bahan-bahan:
200gm butter/ marjerin (boleh mix)
100gm gula (Kalau suka manis tambah 20gm)
1st esen vanila
4 biji kuning telur
125gm Tepung Rendah Protien
Coklat Paste/ Pandan Paste secukupnya

Untuk Meringue
4biji putih telur
50gm gula

Bahan-bahan lain:
Serbuk coklat secukupnya

Cara Membuatnya:
Mix butter dan gula hingga mengembang pucat.
Tukar kelajuan rendah, masukan esen vanila dan telur satu persaru sambil terus diputar.
Masukkan Tepung dan putar sebati.
Bagi adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian coklat paste, satu bahagian pandan paste dan satu bahagian original.
Alas loyang dengan baking paper. 
tuang adunan coklat, taburi serbuk coklat. 
Kemudian tuang adunan hijau dan tabur dengan serbuk coklat. Akhir tuang adunan putih dan ratakan. Hentak loyang untuk mengeluarkan udara.
Bakar dengan suhu 160-170°C selama 20 minit.
Kemudian turunkan suhu kepada 150°C selama 30 minit atau sehingga masak.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.