Sabtu, 8 Mac 2014

Kek Lapis Holiday Inn

KEK LAPIS HOLIDAY INN
450g mentega (boleh guna golden churn) - akak guna buttercup je
1 gelas gula halus(nak krg manis boleh kurangkn sukatan)
10 biji telur ayam
1 penutup botol esen vanilla (atau 1 sudu mkn)
1 tin kecil susu pekat manis (dah krgkan gula,xyah la krgkan susu..x moist plak kang)
1 3/4 gelas tepung roti marie(ada yg dah sedia kat kedai atau blend sendiri busily marie then ayak)
1 1/2 gelas (200g) horlicks(original)
1 1/2 gelas (200g) milo
Sedikit browning sugar(taknak letak pun xpe,ni saja nak bg kaler ceklat lg cantik)
Sedikit pewarna kuning
Caranya: 
1. Mentega dipukul bersama gula hingga kembang(putih) dan kemudian masukkan telur satu persatu
2. Setelah adunan sebati,masukkan esen vanilla,susu pekat manis dan tepung bukit marie. Adun sekata dan bahagikan kepada 2 bahagian(sama rata) 
(i)Milo+browning sugar (ii)Horlicks+warnakan kuning

3. Kukus milo dgn 1 sukatan(sy guna cawan biasa) sehingga msk,jgn terlampau msk pulak..nanti lapisan mdh tertanggal
4. Kemudian kukus pula adunan horlicks menggunakan sukatan yg sama byk dgn adunan milo sehingga msk. Lakukan berselang seli sehingga adunan habis. (TIPS: Tutup loyang dgn aluminium foil utk mngelakkan air menitik di atas kek)

5.Apabila adunan sudah habis,kukus selama 1-3 jam. lagi lama lagi bagus untuk kek thn lebih lama,tp kalo agak2 leh abis dlm 2 hari atau nak simpan dlm pt sejuk msk sejam lepas lapisan terakhir pun ok. 
SELAMAT MENCUBA! :)

Jumaat, 7 Mac 2014

Khasiat Bawang

Artikel ini aku terima dari forwad wassap kengkawan aku.

Khasiat bawang.. murah tapi berkesan..

Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2. Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit. Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yang telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah. Doktor amat tertarik dan meminta untuk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut. Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.

Kes kedua ialah disebuah kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya. Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yang telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.

Kes ketiga seorang yang terkena pneumonia menemukan artikel yang mengatakan untuk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dengan garpu pada salah satu hujungnya. Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit. Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya. Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet yang menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.

Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteri dan antiseptik yang amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yang menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.

Satu kajian keatas haiwan mendapati anjing tidak boleh memakan bawang merah kerana perut anjing tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat, adalah berbahaya untuk mengiris bawang merah dan menggunakannya untuk memasak pada hari berikutnya.

Telur Dadar campur Daun pucuk Puding

Semalam masa jenguk halaman rumah bonda aku ternampak pucuk pokok puding yang subur. Terfikir untuk masak dengan guna ramuan Pucuk Puding.
Ada tak yang tak kenal pokok puding ke?
 Ada yang tanya tak mabuk ke makan pucuk pokok ni?
Aku pun tak reti sangat nak bercerita pasal pokok ini sebab kat rumah bonda aku banyak pokok puding dijadikan sebagai tanaman hiasan dan pagar.
Okey kita cerita pasal masakan guna pucuk puding pula. Resepi ini boleh dikatakan dah lama aku cuba tapi jarang-jarang buat.
Resepi pucuk puding telur dadar ni aku dapat dri kawan aku sekitar tahun 1991 masa tu zaman sekolah menengah. Kawan aku ajar cara yang berbeza untuk membuat telur dadar betambah enak iaitu : Sila lihat foto yang aku baru snap pagi ini.
Resipi Telur Dadar Pucuk Puding

Bahan-bahan:
Telur 3 bj
Pucuk Puding 3 helai
Bawang Besar 1 labu kecil
Cili Padi dihiris.  1 biji
Minyak Masak untuk menggoreng

Cara-caranya:
Bancuh semua bahan sebati dan goreng macam biasa.

Resepi telur dadar ini aku tak tambah garam, gula atau perasa sebab sekarang ni Encik Abg aku dalam proses diet kurangkan semua-semua tu. Jadi apa rasanya telur dadar ni tanpa gula, garam dan perasa?
Aku lebih suka goreng telur tanpa gula dan garam. Rasanya yang asli dan tak perlu risau terlebih atau terkurang garam.
Rasanya sangat berbeza.

Selain itu aku juga ada belajar cara baru iaitu memasukkan sesudu gandum ke dalam adunan telur dadar. Hasilnya telur dadar aku rasa sangat rangup dan lebih enak.

Pesanan : Jangan terlebih gandum sebab telur akan jadi lempeng pula.

Kalau ibu-ibu atau akak nak cuba telur dadar versi baru ni... silakan. Bila dah cuba tu cuba bagi komen sikit apa pendapat rasa masakan anda. Keluarga anda suka tak cara ni?
Jom masuk dapur..

Selasa, 12 November 2013

Kenapa Perlu Basuh Telur Sebelum Digunakan ?


Suka makan telur? Sama ada suka atau tidak, sudah tentu anda tidak terlepas dari makan telur dalam mana-mana hidangan yang pernah anda nikmati!

Adakah anda basuh terlebih dahulu telur sebelum anda menggunakannya? Atau adakah anda pasti makanan yang mengandungi telur yang anda nikmati benar-benar terjamin kebersihannya? Bagi yang masih ragu-ragu tentang betapa perlunya membasuh telur sebelum digunakan.

Kita memang sepatutnya basuh telur ayam SEBELUM DIGUNAKAN kerana selain dari najis yang nampak secara zahirnya, kulit telur ayam juga dicemari oleh b
akteria salmonella.

Sabtu, 18 Mei 2013

Teh 3 Lapis ( 3 Layer Tea)

Pertama kali aku minum teh 3 layer ni di Cherang, Kota Bharu tahun 2009. Aku pun dah lupa restoran tu kat mana, tapi apa yang aku ingat ianya terletak di tepi jalan  yang agak sibuk menghala ke Hospital Kota Bharu (HRPZ II). Semasa itu harga segelas tea 3 layer hanya RM2.00 sahaja.
Beberapa bulan yang lepas aku singgah di sebuah restoran yang terletak di tepi jalan Kuala Krai-Gua Musang berdekatan dengan Kuala Krai. Nama Restoran itu D'yana Garden. Harga segelas tea 3 layer ialah RM3.00.
Aku memang suka minum teh ini kerana rasa dan aromanya yang wangi dan bagiku ianya seakan-akan terbayang-bayang keenakkan dalam minda kita selepas meminumnya. Teh ini semakin digemari kerana rasanya seakan-akan air cendol. Biasanya, lapisan bawah gula merah boleh didapati di dalam botol 'sirap gula' yang sedia untuk digunakan tetapi sukar dibeli di kedai-kedai runcit yang biasa. Cuba sediakan sendiri. Sukatan adalah untuk menghasilkan 2 atau 3 gelas yang tinggi. Sukatan air gula, susu dan teh boleh diubahsuai ikut selera.
Aku belum berkesempatan mencubanya tetapi aku telah mengumpul beberapa resepi yang aku ambil di internet dan resepi yang aku dapat dari adikku Perencah Resipi Belantaraku  serta resipi dari Chef Norzailina Nordin.


Inilah Resipi 3 Layer Tea
RESEPI: Tea 3 Layer
Oleh:Nur Honney Robbi
cc : www.facebook.com/bukuresepi



Bahan-bahan

3 ucang teh( honney guna 2 uncang je)
3 keping gula melaka( honney guna 4SB gula merah + 3SB gula pasir)
1/2 tin susu cair( honney guna suku je)
Sedikit air(agak-agak dapat mencairkan gula merah tadi tu je)
Ais( honney guna ice cube dalam 3-4 ketul untuk segelas)

Cara-cara:-
1. Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika.
2. Cairkan gula melaka dalam periuk dengan sedikit air( honney larutkan dengan didihkan atas api). Kacau hingga gula melaka/gula merah+gula pasir hancur dan sebati.
3. Masukkan air gula melaka/gula merah+gula pasir ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
4. Masukkan ais ke atas lapisan gula melaka/gula merah+gula pasir.
Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan.
5. Masukkan air teh dengan perlahan-lahan. Siap untuk diminum!
Sila kurangkan gula melaka/gula merah+gula pasir kalau tak suka manis.
Boleh juga nak tambah teh uncang supaya lapisan teh lebih pekat 




Resipi ke-2

credit to : Dapur Malaysia

Bahan-bahan ( 2 gelas)

3 uncang teh
3 keping gula Melaka
1/2 tin susu cair
Sedikit air
Ketulan Ais secukupnya

Cara-caranya:

Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika.
Cairkan gula Melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula Melaka hancur dan sebati.
Masukkan air gula Melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
Masukkan ais ke atas lapisan gula Melaka. Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan.
Masukkan air teh dengan perlahan-lahan. Siap untuk diminum.

Sila kurangkan gula Melaka kalau tidak suka manis. Boleh juga nak tambah uncang teh supaya lapisan teh lebih pekat.


Resipi Teh 3 Lapis by Cheff Norzailina Nordin


Bahan-bahan

200ml susu cair
Air secukupnya

Bahan Air Teh

200ml air panas
1 uncang teh

Bahan air gula Melaka

80 gm gula Melaka
150gm gula merah
40gm gula pasir
200ml air
1 helai daun pandan, disimpulkan

Cara-cara Membuatnya:

Jerang semua bahan air gula Melaka hingga mendidih.
Perlahankan api, renehkan hingga pekat (Jangan terlalu pekat ia akan menjadi keras bila sejuk). Biarkan sejuk.
Tuangkan air gula Melaka ke dalam gelas.
Tuangkan pula susu cair untuk lapisan tengah.
Akhir sekali tuangkan air teh (perlahan-lahan) dan masukkan ais.

Ahad, 14 Oktober 2012

ROTI SOSEJ GULUNG


 
Bahan-bahannya:

10 keping roti putih - dibuang tepinya
10 sosej ayam atau daging
1 biji telur - dipukul sedikit
secubit garam
sedikit lada sulah
serbuk roti secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara Membuatnya:
Gelek roti hingga nipis atau leper
balut sosej dnegan roti yang telah leper atau digulungkan.
Potong lebihan sosej bahagian tepi supaya kemas
Masukkan garam dan serbuk lada sulah dalam telur. Celupkan gulungan roti tadi ke dalam telur.
 Salutkan atau golekkan roti yang sudah dicelup dengan telur ke dalam serbuk roti.
Goreng gulungan roti tadi ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Pastikan gulungan roti ini tenggelam. Goreng sehingga ke kuningan keemasan.

Resipi ni aku copy paste dari group yahoo tapi aku dah cuba dan ianya memang mudah dibuat dan menyelerakan. Cubalah.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Sambal Mangga Muda dan Masak Lemak Rebung

Hari ini cuti hari minggu aku hanya melakukan kerja rutin sebagai suri rumah. Hari minggulah peluang aku untuk mencurahkan tenaga sebagai suri rumah sepenuh masa dan mengelilingi kawasan rumah membelai pokok bunga di halaman.
Pagi hari lagi sekitar 7.08 pagi, papa telah berada di belakang rumah berkebun, merumput. Mengeluarkan peluh katanya. Aku pula selepas mencuci baju turut sama menjenguk dan mula menarik paip getah menyiram pokok bunga di halaman.  Pukul 8.30 pagi aku teringat aku ada berjanji dengan seorang ibu mengandung untuk memeriksa beliau. Tergesa-gesa juga aku berlari ke klinik.
Semasa aku sampai ibu itu telah berada di depan pintu menunggu dan kebetulan sudah ada kawan aku yang juga baru sampai. Dia beritahu telah menunggu aku dari pukul 8.00 pagi lagi. Aku meminta maaf atas keterlewatan itu dan meminta kawan aku yang memeriksa dia.
Setelah selesai hal kerja (Aku oncall sebenarnya), aku segera balik ke rumah. Aku meneruskan kerja berkebunku.
Aku memasukan semula 5 pokok bunga kertas, 2 pokok orkid, 1 pasu hydrangea dan 2 pasu pokok bunga kembang pukul sepuluh. Kerja berkebun aku selesaikan kira-kira jam 10.30 pagi
Kemudian aku bergegas mandi selepas berkebun dan seterusnya masuk ke dapur.
Termenung juga seketika di sinki dapur sambil memandang keluar,.. NAK MASAK APA YA HARI NI?

Aku teringat rebung yang telah dicincang yang aku beli dengan seorang pakcik beberapa hari lepas. Molek juga tu. Boleh aku masak lemah. Aku celur rebung tu dan masukkan secubit garam. Setengah jam celur rebung tu masih ranggup dan ianya amat menyelerakan.
Seterusnya plan nak masak lemak. Buka peti sejuk hanya tinggal sayur sawi sahaja. Hem..apalagi masak lemak ajelah..

 
Teringat resipi biasa yang aku pelajari dari bonda iaitu :

MASAK LEMAK REBUNG CAMPUR SAWI

Bahan-bahan:
Rebung Celur
Sawi di bersih dan di potong 1 inci
5 ulas bawang kecik/ bawang merah
3 ulas bawang putih
15 biji lada hitam
Santan
Gula
Garam

Cara Memasaknya:
Lada Hitam ditumbuk lumat. Bawang ditumbuk lumat atau rencah-rencah ikut suka masing-masing. 
Masukan semua bahan ke dalam periuk letak atas dapur dan aku lebih suka masukkan garam dan gula masa nak tutup api sebab tak nak bagi khasiat garam iodine tidak hilang. Panaskan hingga masak.

Resipi kedua ialah  Sambal Mangga Muda campur Ikan Masin.

Resipi ini dah macam-macam versi aku belajar. Samada dari bonda, teman-teman tempat kerja dari Perak, ke Pahang, Penang , Johor seterusnya ke Kelantan. akhirnya aku dah lupa resipi ini dari siapa sebenarnya. Ianya amat simple dan menjadi kegemaran aku dan keluarga terutama suami dan anakku Boboy.

Sambal Mangga Muda campur Ikan Masin.
Sambal Mangga Muda
Bahan-bahan:
2 biji mangga muda - Aku guna pauh epal yg diberi oleh Kak Su
2 ekor ikan masin sederhana - digoreng dan asingkan isinya
Gula
Garam
5 biji cili padi

Cara Membuatnya:
Mangga muda dikupas dan dipotong kecil agar senang menumbuknya. Berdentum-dentam lesung batu aku ketuk atas mozek kabinet meja memasak.
Ikan masin digoreng dan asingkan isi dan tulangnya. Kadang-kadang Kak Hawa (Johorian) lebih suka guna ikan bilis goreng. Kak Nah cikgu Mat Din pula suka guna ikan direbus. Terpulang kepada selera masing-masing.
Tumbuk lumat semua bahan di atas atau terpulang nak macam mana lumat atau separa. Gaul dengan gula garam dan siap untuk di makan. 

Grenti bertambah nasi bila ada masak lemak rebung dan sawi dengan Sambal Mangga Muda Ikan Masin. Aku lihat Encik Abe dan anak-anak pun bertambah nasi hinggakan Encik Abe aku tanya .." MAsak 4 pot pun tak cukup ke?"

Itulah penangan Sambal Mangga Ikan Masin dan Masak Lemak Rebung. Rebung celur juga enak dimakan cicah budu je. cubalah.

 

Khamis, 13 September 2012

SOTONG PEDAS


Nak masak apa petang ni ya? Buka peti sejuk macam-macam bahan ada. Mujurlah Encik Abe dah top-up bahan-bahan untuk dapur hari ini. Anak-anak merengek nak makan sotong. Si abang hendak makan sotong masak pulut. Si adik  dan si bongsu nak sotong masak lada. Encik Abe pula tersengih sahaja. Apa-apa ajelah janji petang ni makan beselera. Berlarilah aku ke tingkat atas membelek resipi kat internet. Ish..ish.ish banyak pula resepi kat internet. Pilih punya pilih dah sejam aku mengadap laptop ni. Aku pun copy paste resipi tu dan print lalu turun ke dapur. Setengah jam dah aku lencun siap sepinggan sotong yang tenggelam dalam sambal merah cili kering campur sos tomato. Mana perginya sotong tak nampaklah. Takpe- takpe.. kena usahakan belek sikit. Si abang pula cakap .." Itulah kalau mama masak pulut sotong kan senang nampak sekor-sekor. Ni sotong dah ler kecil potong bulat-bulat tenggelam dalam cili.." hahaha, ketawa aku dengar komen si abang.

Ini dia resipi Sotong Pedas sebenarnya.
 
Bahan
10 ekor sotong sederhana besar – buang kulit dan dakwat

Bahan kisar:
6 biji bwg merah
3 biji bwg putih
Belacan – dibakar
6 biji cili kering
2 biji cili merah

2 biji bwg besar – dihiris bulat
½ cwn air asam jawa
½ cwn santan pekat
1st gula
Garam dan serbuk perasa

Cara
Tumis bahan yg dikisar…kacau selama 3 min. hingga bau wangi.
Masukkan sotong dan kacau sebati
Kemudian masukkan santan pekat, air asam jawa, garam dan gula.

Isnin, 10 September 2012

Salad sebagai ulaman Iskina


Hidangan harian untuk keluargaku tidak lengkap tanpa ulam-ulaman. Aku, suami dan anak-anak merupakan penggemar ulaman mentah ataupun dicelur. Penambah perisanya makanan kegemaran wajib bersama nasi putih.. BUDU..
Timun, Jering dan Solok Lada
Bercerita pasal ulaman ni aku paling suka pucuk pegaga, ulam raja, petai, daun salad, daun selom, pucuk paku, pucuk ketereh aka gajus, pucuk betik celur, bendi celur dan apa sahaja sayuran hijau berdaun menjadi hidangan giliran wajib bagi kami sekeluarga.

Ulam Pegaga, Daun Salad dan Petai

Puteri kecilku dan si hero amat menggemari ulaman petai. Setakat bacin petai kat bilik tandas itu dah lali bagi kami. Encik Abe amat suka pucuk betik celur dan ulaman yang pahit-pahit termasuk pucuk beko, peria katak dan lain-lain lagi. 
Petai Celur, Bendi Celur dan Cili
Bercerita pasal salad aku terbaca kat internet pasal salad dan khasiatnya. Aku nak kongsi di sini apa yang aku dah baca tu.

Salad atau nama saintifiknya Lactuca Sativa bagus untuk dijadikan sebagai bahan utama sayuran mentah. Ia adalah penawar yang terbaik bagi mengatasi insomia (gangguan tidur). Cuba amalkan untuk memakan salad dengan kadar sekali sehari, anda akan mendapati tidur anda akan lebih tenang dan nyenyak. Salad kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, vitamin C, magnesium dan zink.Ia mampu untuk mengurangkan stres dan menenangkan fikiran.
Salad juga mampu mengurangkan paras kandungan gula dalam badan, mencegah kanser, mengubati kencing manis, gout, penyakit jantung dan sistem penghadaman. Mengamalkan sayuran mentah dalam menu harian adalah langkah yang paling baik untuk mengekalkan kesihatan.

Salad baik untuk diet

Daun Salad mentah
Oleh kerana salad boleh mengurangkan paras kolestrol dan tekanan darah maka ia pilihan terbaik bagi diet yang sihat. Memandangkan salad sudah cukup berkhasiat untuk diet sihat, maka seeloknya jangan tambahkan perasa yang mengandungi lemak yang tinggi secara berlebihan. Penambahan mayonis, keju dan minyak zaitun perlulah dibuat dengan kuantiti yang sedikit.

Ciri-ciri diet salad yang baik
  • Elakkan penambahan bahan-bahan berasaskan tepung
  • Bataskan penggunaan bijirin
  • Pilih minyak zaitun dan makanan dan makanan yang kaya dengan khasiat omega 3
  • Jangan tambahkan gula di dalam hidangan salad
  • Pastikan makan buah-buahan sekali sehari
  • Kurangkan penambahan kekacang dalam hidangan salad
  • Elakkan penambahan makanan berlemak
  • Tambahkan sedikit khasiat protein seperti ikan, tenusu dan daging (pilihan)
 (sumber : Alaf 21)

Jom makan ulaman hijau... 

Ahad, 9 September 2012

Mee Sup Versi Iskina

 Aku teringat semasa aku form 4 n 5 aku tinggal ngn my step mom. Dia buka warung kecil jual mee berdekatan rumah. Setiap hari selepas balik sekolah aku menolong dia dekat warung. Masa tu sindrom 'Mee Soup' atau ada setengah orang panggil 'Mee Celup' belum merebak di kawasan aku ini. Mak aku ini plak dapat resipi dari kampungnya dan di bawa ke kawasan aku.
Semasa itu juga jualan mee sup ini agak popular juga sehinggakan setiap kali balik dari sekolah warung mak aku ni penuh pelanggan yang nak makan mee sup atau yang nak bungkus balik pun ada. Pada masa itu harga sepinggan mee sup hanya 50 sen sahaja semangkuk. Itupun dah di kira mahal gak tapi tetap laku. Ada juga yang minta separuh dengan harga 30 sen sahaja. Sebabnya harga segelas air sirap masa tu 20 sen. Aku juga bawak duit poket ke sekolah cuma 50 sen sahaja.
Bercerita pasal mee sup ini dia punya resipi bukan lagi rahsia sebab mak aku itu tidak pernah kedekut dengan ilmu yang dia ada.
Aku juga banyak belajar pasal resipi ini dan boleh dikatakan dah hafal ramuannya.
Selepas 15 tahun berlalu dan aku pun sudah bekerja dan langsung tidak terlibat dengan sebelok perniagaan makanan, aku hampir terlupa pasal resipi mee sup ini. Hari ini aku lihat di mana sahaja banyak kedai yang meniaga mee sup dan hampir semua kedai makan atau restoran, warung vs gerai yang aku singgah menjual mee sup ala-ala mak aku buat gitu. Sampaikan lidah aku sendiri sudah tidak tahu lagi yang mana lagi resipi asli mee ala-ala mak aku itu. Sepengentahuan aku ramai juga yang datang bertanya dan berguru dan juga yang mencuri rahsia resipi ini dengan mak aku itu. Ramuan resipi mee sup mak aku ini merebak ke serata kawasan. Sekarang ini harga mee ini di kawasan aku di antara RM2.50 sehingga RM4.50 semangkuk. Dah macam-macam versi termasuk versi bebola daging bakso...
Semasa aku praktikal di KB, aku telah berjumpa seorang teman sekolah lama. Selepas 15 tahun tidak bersua dia masih lagi menegur aku dan bercerita pasal kelazatan mee sup yang mak aku jual. Dia juga bercerita kepada teman-temannya kisah mee sup yang popular itu. Katanya lagi rasa mee sup yang mak aku buat itu tiada tandingannya. Dia amat rindukan rasa mee sup itu. Minggu terakhir jamuan perpisahan untuk pelatih diadakan meraikan staf yang benyak membantu semasa latihan praktikal di situ.
Setelah perbincangan dibuat, maka geng aku bersetujulah hendak memasak mee sup dan beberapa juadah lain.
Malam tu bergotong royonglah aku bersama geng NSM seramai 6 orang memasak mee sup dan kek keladi special kak yah. Hehehe masih lagi menjadi bila dikongsi ramai-ramai.
Di sini aku juga ingin berkongsi resipi Mee Sup aka Mee Celup… terpulanglah korang nak panggil nama apa pun. Tapi ini cara aku..


MEE SUP aka MEE CELUP

Bahan-bahan:
Sebungkus mihun dicelur dan toskan. (Masa dulu aku meniaga guna mee cap masjid. Sekarang ni ntahlah..)

Bahan Untuk Soup:
Tulang Lembu ( Mak aku suka guna kaki lembu).. Kalau nak guna tulang ayam pun boleh.
Sup Bunjut.
Air
Serai di titik

#Atau kalau takde sup bunjut aku guna ramuan campak-campak aku
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
15 biji lada hitam
3 ulas bawang putih  di ketuk
5 ulas bawang kecik/ bawang merah - di belah 4.
2 batang serai diketuk

Bahan Lain
  • Sawi jeruk masin yang dah di racik tu..
  • Kacang tanah goreng dan di tumbuk
  • Bawang Goreng
  • Minyak goreng bawang
  • Ikan bilis digoreng dan ditumbuk
  • Lada serbuk
  • Gula
  • Garam
  • Perasa
  • Limau nipis dipotong untuk perahan
  • Sayur guna ajelah kangkung, sawi
  • Daging/ ayam rebus yang dah di potong nipis. Aku suka racik halus
# semua bahan ni diguna semasa sesi menghidang sebelum disirami sup.

Cara-cara Memasaknya.
Aku biasa rebus tulang sehingga sampai 5-6 jam juga. Kerap kali tambah air bila dah nampak kering untuk dapat air tulang sejati.Semua bahan untuk sup dimasukkan bila tulang dah nampak lembut dagingnya.
Bila sup dah masak.
1.Ambil mangkuk isikan dengan mihun/mee/ maggi yang dah dicelur.
  1. Ambil 1/2 sudu the garam, 1/2 sudu gula, sedikit perasa, 1 sudu minyak bawang tadi, 2 sudu kacang goreng. 2 sudu sawi jeruk, 1 sudu ikan bilis tumbuk tadi, 2 sudu makan sayur sawi yang dah dipotong halus, 2 sudu makan daging ayam masak, sebiji telur pecahkan ke atas timbunan mee. Lepas tu siramkan dengan kuah sup.
  2. Jangan lupa taruk cili serbuk dan perah asam limau nipis. Gaul sebati dan selamat menikmati mee sup versi Iskina. Terangkat beb.

SESIAPA YANG CUBA RESIPI NI DAN MUNGKIN AKU ADA TERTINGGAL RAMUANNYA NANTI AKU CHECK SEMULA LAIN KALI. TOLONG BERI PENDAPAT YA.

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.