Isnin, 29 Ogos 2011

Buah Gula Melaka

Bahan2
1 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung beras
Gula melaka - dipotong halus
Air secukupnya
Pewarna hijau & pink
Air - didihkan air secukupnya

Garam dan kelapa secukup utk menyalut buah melaka

Cara membuatnya :-
- campurkan tepung pulut & tepung beras , masukkan air secukupnya
- uli hingga adunan x melekat ditangan
- ambil sebesar guli , leperkan & letakkan gula melaka . Bulatkan kembali
- masukkan kedalam air mendidih
- bila buah melaka masak ia akan terapung diatas , angkat , tapiskan dan
masukkan dalam kelapa & garam td
- gelekkan hingga kelapa dan buah melaka bersatu
- sedia di makan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.