Sabtu, 25 Oktober 2014

Resepi Nasi Kerabu

Pagi ni makan nasi kerabu tapi bukan aku yang masak. Gotong royong bonda dan adik2. Aku hanya tukang makan je. Itu pun masa aku tiba umah ma nasi dah terhidang. Apalagi basuh tangan ambik pinggan isi dan baca Bismillahirahmanirahim dan suap.
Bila cerita pasal nasi kerabu ni bagi sesiapa yang pernah menikmatinya pasti merindui keenakkannya. Klu pandai masak sendiri takpelah.  Tapi ni nak masak sendiri tak tau resepi.
Meh aku nak kongsi resepi tapi cara aku masak ikut resepi mak akulah.

Nasi Kerabu Bonda Iskina

Bahan Nasi:
Beras
Bunga telang diramas dlm air utk dapatkan warna biru dan buat masak nasi.
* Masak nasi hingga masaklah.
Nasi Kerabu Pewarna Bunga Telang

Bahan-bahan Kerisik:
Kerisik (aku suka kelapa digoreng dan ditumbuk ngn lesung batu).
*Bawang kecil/ merah (aku suka bakar)
*Bawang putih ( bakar lagi best)
*Serai
*Lada hitam
*Halia
*Gula melaka
Garam secukup rasa.
Isi ikan (kalau dpt ikan bakar lagi best. Klu x rebus aje).
Caranya :
Semua bahan * ditumbuk lumat. Gaulkan semua bahan di atas.

Ulaman Nasi Kerabu
Bahan ulaman:
Timun
Bunga kantan
Daun Salam
Daun kesum
Daun ara ( klu xde tak apa)
Kubis (aku tak suka)
Taugeh
Tambah lah daun apa2 pun lagi janji bleh buat ulam.
Mak aku suka masukan karot diracik halus.
  Cara:
Semua daun ulaman dan timun dimayang halus. Bunga kantan pun diracik halus.

Bahan utk tumis:
Aku tak pernah buat. Tapi klu nak buat juga aku suka cara yg sepupu aku ajar.
Masak gula melaka, bwg putih, belacan, budu dan cili. Masak hingga sederhana pekat.
Semua bahan di atas ambil sikit2 masa nak makan. Digaul rata dalam nasi.
Nasi Kerabu 
Bahan hiasan lain:
 (Kena dimakan bukan sekadar hiasan)
Ikan salut tepung
Daging bakar
Ayam bakar
Keropok goreng
Belacan
Sambal cili

Okey klu ada yg tak lengkap tambah lah sendiri sbb ini resepi cara aku bukan resepi korang.
Apa pun memang best. Dulu nasi kerabu adalah juadah pagi tapi sekarang tak kira waktu siang ke malam di makan. Pasar malam pun berlumba2 jual nasi kerabu tapi klu yg meniru dan masak sekadar lepas batuk di tangga tu aku gerenti tak ikut selera langsung .
Apa pun resepi aku ni bleh share ya.

Ooopppsss....
Ada yang tanya macamana ghope bunga telang tu?
Hehehe tempat aku panggil bunga nasi kerabu sebab bunga ni orang kampung aku guna untuk masak nasi kerabu.
Ada yang tak kenal ke bunga telang aka bunga nasi kerabu ni?
Pokok Bunga Telang
 (Pokok Bunga Nasi Kerabu)
Bunga ni aku tanam dalam pasu je pastu letak dekat pokok 'song of india' dan biarkan ia memanjat di situ, Di rumah aku juga aku tanam pokok serai kayu aka pokok daun salam. Herm... ada yang tak kenal juga ke pokok daun salam ni ?
Pokok Serai Kayu aka Pokok Daun Salam

Pokok bunga kantan juga ada di tanam dekat umah mak aku. Tapi foto aku tak sempat snap. Malas nak masuk lam kebun sebab sekarang ni nampak bersemak sikit.

Jumaat, 24 Oktober 2014

Kek Coklat Karamel

Resepi ini akak ambil daripada facebook. Bila dah cuba resepi ini memang sedap dan menjadi kek.Tidaklah sukar membuatnya untuk orang yang pertama kali mencubanya seperti akak. Apa yang penting bahan-bahannya mencukupi dan mengikut sukatan.
Resepi Kek Coklat Karamel

Bahan Karamel:
2 sudu besar gula dijadikan karamel.

Bahan Puding:
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji telur
Sedikit esen vanila
* Kesemua bahan di atas dipukul sebati.

Bahan Kek :
Bahan A:
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
* Semua bahan diatas dimasak sebentar di atas api.

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
*  Semua bahan di atas diayak
  
Bahan C:
3 biji telur diblend.
Cara-cara:
Masukkan bahan B dan C ke dalam Bahan A. Ketepikan.
Masukan bahan puding ke dalam karamel. Kukus selama 20 minit dengan api sederhana.
Masukkan semua bahan kek ke dalam puding. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
Akak memang tak kreatif bab menghias kek tapi inilah hasil dari air tangan akak. Puas hati melihatnya dan menikmati keenakkannya. Anak-anak juga amat menggemarinya.

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.