Aku
teringat semasa aku form 4 n 5 aku tinggal ngn my step mom. Dia buka warung
kecil jual mee berdekatan rumah. Setiap hari selepas balik sekolah aku menolong
dia dekat warung. Masa tu sindrom 'Mee Soup' atau ada setengah orang panggil
'Mee Celup' belum merebak di kawasan aku ini. Mak aku ini plak dapat resipi
dari kampungnya dan di bawa ke kawasan aku.
Semasa itu
juga jualan mee sup ini agak popular juga sehinggakan setiap kali balik dari
sekolah warung mak aku ni penuh pelanggan yang nak makan mee sup atau yang nak
bungkus balik pun ada. Pada masa itu harga sepinggan mee sup hanya 50 sen
sahaja semangkuk. Itupun dah di kira mahal gak tapi tetap laku. Ada juga yang
minta separuh dengan harga 30 sen sahaja. Sebabnya harga segelas air sirap masa
tu 20 sen. Aku juga bawak duit poket ke sekolah cuma 50 sen sahaja.
Bercerita
pasal mee sup ini dia punya resipi bukan lagi rahsia sebab mak aku itu tidak
pernah kedekut dengan ilmu yang dia ada.
Aku juga
banyak belajar pasal resipi ini dan boleh dikatakan dah hafal ramuannya.
Selepas 15
tahun berlalu dan aku pun sudah bekerja dan langsung tidak terlibat dengan
sebelok perniagaan makanan, aku hampir terlupa pasal resipi mee sup ini. Hari
ini aku lihat di mana sahaja banyak kedai yang meniaga mee sup dan hampir semua
kedai makan atau restoran, warung vs gerai yang aku singgah menjual mee sup
ala-ala mak aku buat gitu. Sampaikan lidah aku sendiri sudah tidak tahu lagi
yang mana lagi resipi asli mee ala-ala mak aku itu. Sepengentahuan aku ramai
juga yang datang bertanya dan berguru dan juga yang mencuri rahsia resipi ini
dengan mak aku itu. Ramuan resipi mee sup mak aku ini merebak ke serata
kawasan. Sekarang ini harga mee ini di kawasan aku di antara RM2.50 sehingga
RM4.50 semangkuk. Dah macam-macam versi termasuk versi bebola daging bakso...
Semasa aku
praktikal di KB, aku telah berjumpa seorang teman sekolah lama. Selepas 15
tahun tidak bersua dia masih lagi menegur aku dan bercerita pasal kelazatan mee
sup yang mak aku jual. Dia juga bercerita kepada teman-temannya kisah mee sup
yang popular itu. Katanya lagi rasa mee sup yang mak aku buat itu tiada
tandingannya. Dia amat rindukan rasa mee sup itu. Minggu terakhir jamuan
perpisahan untuk pelatih diadakan meraikan staf yang benyak membantu semasa
latihan praktikal di situ.
Setelah
perbincangan dibuat, maka geng aku bersetujulah hendak memasak mee sup dan
beberapa juadah lain.
Malam tu
bergotong royonglah aku bersama geng NSM seramai 6 orang memasak mee sup dan
kek keladi special kak yah. Hehehe masih lagi menjadi bila dikongsi
ramai-ramai.
Di sini aku
juga ingin berkongsi resipi Mee Sup aka Mee Celup… terpulanglah korang nak
panggil nama apa pun. Tapi ini cara aku..
MEE SUP aka MEE CELUP
Bahan-bahan:
Sebungkus
mihun dicelur dan toskan. (Masa dulu aku meniaga guna mee cap masjid. Sekarang
ni ntahlah..)
Bahan Untuk Soup:
Tulang Lembu ( Mak aku suka guna kaki lembu).. Kalau nak guna tulang ayam pun boleh.
Tulang Lembu ( Mak aku suka guna kaki lembu).. Kalau nak guna tulang ayam pun boleh.
Sup Bunjut.
Air
Serai di
titik
#Atau kalau takde sup bunjut aku
guna ramuan campak-campak aku
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
15 biji lada hitam
3 ulas bawang putih di ketuk
5 ulas bawang kecik/ bawang merah -
di belah 4.
2 batang serai diketuk
Bahan Lain
- Sawi jeruk masin yang dah di racik tu..
- Kacang tanah goreng dan di tumbuk
- Bawang Goreng
- Minyak goreng bawang
- Ikan bilis digoreng dan ditumbuk
- Lada serbuk
- Gula
- Garam
- Perasa
- Limau nipis dipotong untuk perahan
- Sayur guna ajelah kangkung, sawi
- Daging/ ayam rebus yang dah di potong nipis. Aku suka racik halus
# semua bahan ni
diguna semasa sesi menghidang sebelum disirami sup.
Cara-cara Memasaknya.
Aku biasa
rebus tulang sehingga sampai 5-6 jam juga. Kerap kali tambah air bila dah
nampak kering untuk dapat air tulang sejati.Semua bahan untuk sup dimasukkan
bila tulang dah nampak lembut dagingnya.
1.Ambil
mangkuk isikan dengan mihun/mee/ maggi yang dah dicelur.
- Ambil 1/2 sudu the garam, 1/2 sudu gula, sedikit perasa, 1 sudu minyak bawang tadi, 2 sudu kacang goreng. 2 sudu sawi jeruk, 1 sudu ikan bilis tumbuk tadi, 2 sudu makan sayur sawi yang dah dipotong halus, 2 sudu makan daging ayam masak, sebiji telur pecahkan ke atas timbunan mee. Lepas tu siramkan dengan kuah sup.
- Jangan lupa taruk cili serbuk dan perah asam limau nipis. Gaul sebati dan selamat menikmati mee sup versi Iskina. Terangkat beb.
SESIAPA
YANG CUBA RESIPI NI DAN MUNGKIN AKU ADA TERTINGGAL RAMUANNYA NANTI AKU CHECK
SEMULA LAIN KALI. TOLONG BERI PENDAPAT YA.
Salam
BalasPadam