Nak masak apa petang ni ya? Buka peti sejuk macam-macam bahan ada. Mujurlah Encik Abe dah top-up bahan-bahan untuk dapur hari ini. Anak-anak merengek nak makan sotong. Si abang hendak makan sotong masak pulut. Si adik dan si bongsu nak sotong masak lada. Encik Abe pula tersengih sahaja. Apa-apa ajelah janji petang ni makan beselera. Berlarilah aku ke tingkat atas membelek resipi kat internet. Ish..ish.ish banyak pula resepi kat internet. Pilih punya pilih dah sejam aku mengadap laptop ni. Aku pun copy paste resipi tu dan print lalu turun ke dapur. Setengah jam dah aku lencun siap sepinggan sotong yang tenggelam dalam sambal merah cili kering campur sos tomato. Mana perginya sotong tak nampaklah. Takpe- takpe.. kena usahakan belek sikit. Si abang pula cakap .." Itulah kalau mama masak pulut sotong kan senang nampak sekor-sekor. Ni sotong dah ler kecil potong bulat-bulat tenggelam dalam cili.." hahaha, ketawa aku dengar komen si abang.
Ini dia resipi Sotong Pedas sebenarnya.
Bahan
10 ekor sotong sederhana besar – buang kulit dan dakwat
Bahan kisar:
6 biji bwg merah
3 biji bwg putih
Belacan – dibakar
6 biji cili kering
2 biji cili merah
2 biji bwg besar – dihiris bulat
½ cwn air asam jawa
½ cwn santan pekat
1st gula
Garam dan serbuk perasa
Cara
Tumis bahan yg dikisar…kacau selama 3 min. hingga bau wangi.
Masukkan sotong dan kacau sebati
Kemudian masukkan santan pekat, air asam jawa, garam dan gula.
10 ekor sotong sederhana besar – buang kulit dan dakwat
Bahan kisar:
6 biji bwg merah
3 biji bwg putih
Belacan – dibakar
6 biji cili kering
2 biji cili merah
2 biji bwg besar – dihiris bulat
½ cwn air asam jawa
½ cwn santan pekat
1st gula
Garam dan serbuk perasa
Cara
Tumis bahan yg dikisar…kacau selama 3 min. hingga bau wangi.
Masukkan sotong dan kacau sebati
Kemudian masukkan santan pekat, air asam jawa, garam dan gula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan