Memaparkan catatan dengan label makan petang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan petang. Papar semua catatan

Ahad, 14 Oktober 2012

ROTI SOSEJ GULUNG


 
Bahan-bahannya:

10 keping roti putih - dibuang tepinya
10 sosej ayam atau daging
1 biji telur - dipukul sedikit
secubit garam
sedikit lada sulah
serbuk roti secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara Membuatnya:
Gelek roti hingga nipis atau leper
balut sosej dnegan roti yang telah leper atau digulungkan.
Potong lebihan sosej bahagian tepi supaya kemas
Masukkan garam dan serbuk lada sulah dalam telur. Celupkan gulungan roti tadi ke dalam telur.
 Salutkan atau golekkan roti yang sudah dicelup dengan telur ke dalam serbuk roti.
Goreng gulungan roti tadi ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Pastikan gulungan roti ini tenggelam. Goreng sehingga ke kuningan keemasan.

Resipi ni aku copy paste dari group yahoo tapi aku dah cuba dan ianya memang mudah dibuat dan menyelerakan. Cubalah.

Sabtu, 8 September 2012

Puding Jagung Tyra Iskina

Semalam aku teringat foto yang sudah berkurun dalam telefonku. Seminggu dua ini aku agak kelam kabut menyibukkan diri dengan majlis Hari Raya, Majlis Pertunangan dan kenduri kendara nikah kahwin sehinggakan aku rasakan aku sudah pakai baju yang sama lebih dari tiga kali. Pagi aku berbaju kurung menghadiri kenduri Si A, kemudian berkejar ke kenduri Si B dan seterusnya berlari pula ke majlis Si C. Penatkah? Agak penat juga. Kalau tak pergi apa pula kata orang yang menjemputnya... Aku sebenarnya nak selitkan cerita pasal handphone sony aka camera aku telah kehilangan chargernya. Aku tak pasti di mana aku telah menyelitnya kerana kesibukan mengemas rumah untuk hari raya sehingga keterlupaan di mana aku telah menyimpan charger telefon aku itu. Maka kisah seterusnya sehingga hari ini sudah seminggu bateri telefon aku itu kong. Akhirnya aku tidak dapat lagi mengambil gambar dan berfoto seperti biasa.
Di sini sebenarnya aku nak cerita pasal memori kad telefon tu aku upload gambar kat laptop dan aku baru perasan beberapa foto menarik yang aku snap dari dapur aku.
Meleleh air liur melihat foto puding itu.
Aku teringat resipinya yang aku main campak-campak cam biasa.
Meh aku kongsikan kat sini resipinya.

Puding Jagung Iskina
Puding Jagung Iskina
Bahan-bahan:
1 cawan susu cair
1 cawan jagung krim
1 cawan gula
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
5 cawan air
3 biji telur

Cara-cara Membuatnya :
1. Aku panaskan dulu kukusan atas dapur.
2. Bahan di atas aku campak sahaja semua dalam blender pastu blend sampai gebu. Lepas tu aku masukan dalam loyang kek dan kukus atas dapur.
3. Kukus berapa minit pun aku dah lupa tapi seingat aku lebih 15 minit juga menunggu. Itu pun aku kerap mengintai melalui tutup kaca kukusan.
4. Bila dah nampak macam meletup-letop comelnya aku tutup kukusan dan sejukkan.
5. Pasal hiasan aku memang tak kreatif langsung sebab tu aku tak hias. Tapi kaler kuning tu pun memang menarik keemasan.

Apa yang pasti anak-anakku dan encik Abe aku amat menyukainya. Boleh juga dijadikan hidangan minuman petang tapi keluarga aku memang makan tak kira masa. Kalau masuk ke dapur buka peti nampak masih ada puding adalah yang akan menghabiskannya.

Isnin, 29 Ogos 2011

Roti Jala


ROTI JALA


Bahan2

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 ½ cawan air
  • 1 biji telur
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 sudu besar marjerin ~ dicairkan
  • 1 sudu kecil rata garam
  • sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)

Cara2nya

1. Campurkan semua bahan2 di atas menggunakan whisker hingga sebati. Tapiskan.
2. Panaskan kuali. Lengserkan dgn sedikit minyak pada kuali.
3. Menggunakan acuan roti jala... ceduk adunan tadi & kirai ke dalam kuali menjadi seperti jala .
4. Biarkan hingga roti jala masak. Tak perlu dibalikkan. Terus saja angkat & masukkan ke atas pinggan lalu dilipat / digulung mengikut kesukaan anda. 


 Adunan roti jala tu elok ditapis sebelum dikirai. Sekiranya ditapis, tiada masalah tersumbat, insyaAllah.
Sekiranya adunan terlalu cair, jala tu akan jadi kasar2.

KARI SARDIN
bahan-bahan
  • 1 tin sardin
  • bawang merah-dihiris
  • bawang putih-dihiris
  • halia-dihiris
  • 1 cawan air
  • 1 cawan santan
  • 3 sudu besar serbuk kari-dibancuh dengan sedikit air
  • ubi kentang-dipotong dadu
  • gula &garam
cara-cara
  1. panaskan minyak,tumis bawang hingga garing.
  2. masukkan rempah,kacau rata.tunggu sehingga rempah masak.
  3. masukkan air dan ubi kentang.
  4. apabila ubi kentang sudah masak,masukkan sardin tin tadi bersama sosnya..
  5. kemudian masukkan santan,biarkan sehingga mendidih.
  6. tutup api dan sedia untuk di hidang

Rabu, 1 April 2009

Spicy Cuttle Fish

SPICY CUTTLEFISH

Bahan-bahan (1) :

1/2 lb. (225g) sotong vgetarian

Bahan-bahan (2):

Lobak merah (dipotong dadu 1 cm panjang)
Cili hijau
1 tangkai cili kering (dihiris)
Jagung muda dan biji gajus

Bahan-bahan (3) :

1/4 sudu garam
2 sudu gula
2 sudu tepung jagung
1 sudu cuka
1 1/2 sudu sos soya
3 sudu air

Cara-cara membuatnya :

Panaskan 3 sudu minyak dan gorengkan bahan-bahan (2) hingga naik bau. Masukkan sotong vegetarian dan kacau. Akhir sekali masukkan bahan-bahan (3). Sebelum diangkat, masukkan biji gajus dan kacau sebentar hingga sebati.

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.