Jumaat, 19 Februari 2016

Bebola Kentang Cheese

BEBOLA KENTANG CHEESE

Bahan-bahan:

300gm kentang dikukus dan dilecek
2-3 sb susu tepung
1 biji kuning telur
1/4 st serbuk lada sulah
1 sb butter tanpa garam - kalau guna mentega biasa, kurangkan garam
1/2 st garam
Sedikit tepung gandum - jika perlu sekiranya adunan melekat pada tangan
Kiub cheese secukupnya

Bahan salutan:

2 biji putih telur dipukul sedikit
Serbuk roti
Minyak untuk menggoreng

Cara:

1. Satukan kesemua bahan dan gaul sehingga tidak melekat pada tangan. Sekiranya melekat, tambahkan sedikit tepung gandum.
2. Ambil sedikit adunan, leperkan dan masukkan kiub cheese. Buatkan bebola sehingga habis.
3. Golekkan bebola cheese tadi ke dalam serbuk roti. Kemudian celupkan pula dalam putih telur dan digolek sekali lagi dalam serbuk roti.
4. Goreng dalam minyak penuh dengan api yang serdahana sehingga bebola tadi masak.
5. Hidangkan bersama sos kegemaran anda.

Nasi Lemak Sedap

TIPS MENGHASILKAN NASI LEMAK YANG SEDAP
1. Untuk mengelak nasi melekat di periuk nasi, selepas membasuh beras, rendam dalam air biasa selama 10 minit. Kemudian toskan dan masukkan santan
2. Didihkan dahulu santan bersama daun pandan, masak seperti biasa..Nasi menjadi lebih lemak dan sangat berbeza keenakannya..
3. Jika inginkan nasi lemak lembut, letak halia yang dititik sebesar ibu jari..
4. Ingin wangikan nasi, masukkan serai, daun pandan,lada hitam,kulit kayu manis,hirisan bawang besar..
5. Jika nasi lemak termentah dalam periuk, cepat2 masak atas dapur gas dgn api perlahan. Kalau masih tidak jadi jugak, pindahkan nasi tu dalam pengukus dan kukus hingga masak..
6. Jika inginkan nasi menjadi sebijik2, letak marjerin sikit atau minyak masak..
7. Boleh juga mencampurkan secubit gula utk kemanisan nasik lemak dan paling penting garam secukup rasa
SELAMAT MENCUBA

Kek Russia Black Coklat Putih

SEDAP SEHINGGA MENJILAT JARI

Kek Russia Black + Coklat Putih Sedap
==============================

Bahan-bahan

•170g tepung superfine/gandum
•1 sudu kecil baking powder*
•1 sudu kecil soda bikarbonat*
•1 tin susu cair (400g)
•100 gm serbuk koko
•200 gm minyak jagung @ minyak masak
•250 gm susu pekat
•250 gm gula halus -
•5 biji telur - blend 5 minit

Cara-cara

•Ayak bahan yang bertanda *.

•Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.

•Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.

•Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (

•Sapukan loyang dengan butter. Tuang adunan kek, tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1jam 30minit.

•Sejukkan. Bila dah sejuk baru ptng kek kpd 3 atau 4 lapisan

RESEPI COKLAT GANACHE

•200ml whipping cream (dairy)
•500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)
•1 sudu besar air panas
•2 sudu besar sirap glukos
•2 sudu besar butter

Cara-cara

1.Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.

2.Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.

3.Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.

RESEPI COFFEE CREAM CHEESE

•500g creamcheese- guna 400 gm pun ok
•1 cawan butter lembut
•1 cawan gula aising
•1 peket cofffee 3 in 1
Cara-cara : Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.Adunan ni sesuai utk kek 4 lapisan.

CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE

1.Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan.

2.Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag.

3.Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese.

4.Masukkan dlm petias sebentar supaya adunan cream cheese mengeras sikit barulah tuang ganache.

5. Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek. Jika ganache sudah membeku atau mengeras, panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek.

6.Sejukkan dahulu baru potong dan hidang

Mayonis Homemade

MAYONIS
bahan:
1 biji telur
1 sudu besar cuka / air limau nipis/ lemon
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu lada hitam / lada sulah
1 cawan minyak

Cara-caranya:
1. Pecahkan telur dan masukan semua bahan ke dalam blender kecuali minyak.
2. Blend sekejap kira2 15-30 saat je.
3. Masukan minyak dengan cara perlahan bertali halus ke dalam blender yang masih on.
4. Siap
Variasi :
Tambah 1/2 sudu teh mustard,
Atau.. untuk garlic mayo tambah 1 suing bawang putih dan blend bersama telur

Kuih seri ayu

Kuih Seri Ayu
Bahan dia
2 biji telur
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (ayak sekali)
1 cawan santan (pastikan bila campur dengan pati pandan..dapat 1 cawan)
sedikit pati pandan (kisar 2 helai daun pandan dgn sedikit air)
1 sudu kecil ovallete
sedikit pewarna hijau
inti - kelapa parut putih sekucupnya + 1 sudu tepung gandum + sedikit garam

Cara dia
1. Panaskan kukusan
2. Pukul telur dan gula hingga betul2 kembang.
Masukkan ovalette dan pukul lagi.
3. Masukkan santan, tepung dan pewarna hijau.
Kacau lagi sampai mesra..sebati.
4. Sapu sedikit minyak pada acuan.
5. Isikan kelapa di bahagian bawah acuan dan tekan supaya mampat
6. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 7 minit.

Puding Kastard Triffle

Puding kastard Triffle

Bahan2:-
Kek gulung (ikut suka la nk guna perisa apa) - potong ikut ketebalan yg uols suka la naa.. tp toksah la tebal2 sgt.
1 tin susu cair
1 tin buah2an dlm tin tu (klau nak guna fresh fruit pun ok.. i.e strawberry, kiwi etc tu)
1 kotak jelly crystal powder (saya guna brand nona)
3 sudu besar tepung kastard (sudu penuh2 membukit tau)
4 sudu besar gula (klau nak manis boley lebihkn gula sikit. Saya letak 4 aje sbb tak suka manis2 sgt)

Cara:-
1. Susun kek gulung tadi dlm bekas, mcm pic kt bawah tu. Make sure takdak lubang tau. Klau ada pandai2 la cubit balance kek dan tampung2 kt tmpt ada lubang tu. Pastu tekan2 sikit kasi mampat.

2. Asingkan buah2an dlm tin tu dari airnya & ambil air buah2 tadi & renjis2 kt kek tadi kasi lembab2 manja gitu. Jgn basah melampau2 lak tau.

3. Dlm periuk masukkn 1 tin susu cair tadi. Pastu sukat air dlm tin susu tadi. Guna 1 tin juga air. Pastu masukkn gula & tepung kastard. Guna hand whisk & kacau2 kasi semua sebati & tepung kastard takde lagi ketul2.  Pastu baru masakkan atas api yg kecik. Kacau sentiasa tau sampai laa ada letupan2 kecik tu baru tutup api.

4. Pastu tuang kastard tadi atas kek gulung tadi dan ratakn. Agak2 kastard dh hampir nk keras baru susun buah2an atas kastard tu. Make sure tekan2 sikit buah2an tu supaya nnti bila tuang jelly buah tu tak timbul.

5. Settle semua tu ketepikan dan masak jelly tadi. (Ikut cara2 masak kt kotak jelly tu naa)

6. Bila dh masak jelly tu tuang ke atas kastard buah2an tadi. Tuang pelan2 tau. Lagi elok klau sendukkn 1 persatu. Dah habis tu simpan la dlm peti sejuk kasi sejuk dulu..

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.