Rabu, 29 Jun 2016

Mee Ladna

*Resepi Mee Ladna Mudah, Cepat dan Sedap*

Bahan-bahan:

Mee Kuning

3 ulas bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (diketuk)
cili api (terpulang pada tahap kepedasan masing-masing)
Sayur (terpulang pada citarasa masing-masing)
isi ayam (dipotong kecil)
sotong (optional, boleh tukar udang atau apa saja)
sebiji telur (ambil telur putih sahaja)
sesudu tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
Sedikit minyak
3 sudu kicap manis
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

A) Untuk Mee

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali
Masukkan 2 ulas bawang putih yang telah diketuk, tumis sehingga sedikit garing
Masukkan kicap, biarkan seketika dan masukkan mee kuning.
Goreng mee sehingga mee sebati dengan kicap tersebut.

B) Untuk Kuah

Gunakan kuali yang sama goreng mee tadi. Masukkan sedikit minyak, tumis lebihan bawang putih, bawang merah, dan cili api. Tumis sehingga layu
Masukkan isi ayam dan sotong, tunggu sehingga ayam dan sotong masak
Kemudian masukkan sayur dan sedikit air, terpulang banyak mana nak masukkan air untuk dijadikan kuah. Tunggu sehingga mendidih.
Kemudian, masukkan garam secukup rasa.
Masukkan putih telur. Biarkan seketika pastu baru kacau.
Perlahankan api dan masukkan bancuhan tepung gandum. Bancuhan tepung gandum nie untuk memekatkan kuah. Masuk sedikit demi sedikit dan boleh tentukan anda nak kuah anda pekat mana.
Siappp!!! dan boleh dihidang bersama mee tadi.

notakaki:
Masa nak makan baru diletak kuahnya. Kalau tak nanti mee tu jadi kembang. Tak sedap pulak. Boleh juga dimasukkan lada sulah untuk lebih sedap...

Selasa, 14 Jun 2016

Resepi Apple Strudel Muffins

Resepi Apple Strudel Muffins
Sedapnya apple muffin ni ..dengan salutan rasa buah epal pasti anak2 suka

Bahan-bahan :
2 cwn tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
1/2 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil garam* (saya letak secubit je)bhn bertanda* diayak bersama
1 cawan gula halus
1/2 cwn butter
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 cawan epal yg di dadu kecil (dlm 2 biji)
Bahan Untuk Crumble :-
1/3 cawan gula perang( Dark Brown Sugar)
2 sudu besar tepung gandum
1/8 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu besar mentega

Cara-Caranya
Panaskan oven pada suhu 200C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper cup secukupnya. Satukan bahan2 untuk "crumble", gaul rata dengan hujung jari sehingga menjadi teksture seakan2 serbuk roti yang kasar. Ketepikan.
Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, b. powder, b.soda dan garam yg telah di ayak. Ketepikan.

Dalam bekas lain, pukul mentega dan gula hingga rata. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati. Masukkan epal dan gaul rata guna senduk kayu/spatula.

Masukkan tepung tadi ke dalam adunan mentega sedikit demi sedikit dan gaul rata, kacau satu arah sahaja. Sudukan ke dalam bekas2 yang telah disiapkan tadi 3/4 penuh.
Tabur dengan crumble tadi diatas setiap muffin tadi, tekan2 sikit.
Bakar 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.

Biskut cheese lembut

Resepi Biskut cheese lembut

Bahan - bahan :
250gm Mentega
180gm Gula Aising
2 biji Kuning Telur
250gm Tepung Ubi - sanggar 10 min
225gm Tepung Jagung
1/2 st baking powder
70gm Parutan Keju Cheddar- utk letak dlm adunan
kuning telur dan sedikit parutan keju - utk hiasan

CARA2:
1. Pukul Mentega & Gula sehingga sebati.

2. Masukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.

3. Masukkan bahan2 kering.

4. Canai & terap.Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut
dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.

5.Bakar 160C 15 -20 minit.

Biskut suji

Untuk ibu² yg x tau nk buat kuih apa raya ini.nah akk tolong bgi resepi² bgi memudahkn semua.....

Resepi Biskut suji Arab

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum ( saya guna tepung jenis halus)
1 cawan gula halus
1 cawan minyak ghee@ sapi

Cara penyediaan

1. Satukan tepung dan gula.

2. Kemudian masukkan minyak ghee sedikit2 sehingga adunan boleh di uli atau dibentuk.

3. Bentukkan bulat dan susun dalam tray pembakar.

4. Jika suka boleh hiaskan dengan ceri merah di tengah2nya.

5. Bakar selama 25-30 minit dalam suhu 170 darjah C.

Kuey tiaw ladna

Kuey Tow Ladna

Bahan-bahan : -

• Sebungkus kuey teow -basuh, toskan kemudian perap dengan kicap manis sebentar.Kemudian di goreng tanpa minyak .
• 15 ekor udang
• Isi ayam
• Daging
• 4 ulas bawang putih - di tumbuk
• 3 sudu makan sos tiram
• 2 sudu makan sos ikan
• 1 kiub pati ayam
• 5 biji cili api - ditumbuk
• sedikit lada hitam / putih - di tumbuk
• 1 biji Lobak Merah - dihiris
• seikat sawi - dipotong
• sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air utk memekatkn kuah
• Bawang goreng dan daun sup untuk hiasa.

Cara-cara

1. panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan dan naik bau..Kemudian masukkan ayam dan daging yg dipotong kecil.

2. Bila ayam & daging dah masak, masukkan sos tiram dan sos ikan... goreng seketika. Kemudian masukkan air.

3. masukkan kiub ayam dn biarkan mendidih seketika..kemudian masukan lobak merah terlebih dahulu.

4. masukkan udang, cili padi, sawi, lada hitam/putih tumbuk dan garam.

5. masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.

6. setelah kuah masak bolehlah dihidang bersama kueh teow panas-panas

7. taburkan bawang goreng, daun sup dan limau nipis

Sumber: FB Singaporean Pakimix

Share Supaya Tak Hilang.
Sila Comment "saya share"
dan tekan Share Untuk dapatkan resepi PERCUMA di Newsfeed anda

Mee goreng basah

Mee goreng basah
Bahan-Bahan
1 bungkus mee - bersihkan
1 labu besar bawang merah - cincang
1 labu bawang kuning - cincang
5 ulas bawang putih - ketuk n cincang
1 sk cuka
2 bj telur
2 putung fish cake
6 bj Fish Ball
1/2 cwn isi ayam
4 sb sos cili
2 sb kicap manis
4 sb sos tiram
3/4 cwn air
1 kiub pati ikan bilis
6 @ 7 bj cili padi
Sayur sawi secukupnya
Tomato secukupnya
Secubit garam. Perasakan masin manis secukup rasa ngan Sos n kicap. Kalau kuah nampak cair tambah sos tiram .kalau kurang masin tambah kicap .kalau kurang manis tambah sos cili .

Tumis bawang .masukan cuka .bila kekuningan masukan telur d ikuti 2 jenis fish n isi ayam. Goreng seketika .kemudian masukan 3 jenis sos .goreng seketika .Masukan air . Biarkan hingga mendidih didih . Campak pati ikan bilis d ikuti mee . Didihkan seketika. Perasakan secukup rasa .boleh campak cili n sayur sebatikan n sedia unt hidang .

Puding koktail

Alhamdulillah siap sudah puding koktel ku untuk jualan hari ni,
Nanti buat eh sedap sengoti ni..

Bahan puding-

1 cawan tepung kastard,
Setengah bungkus agar2 tali,
6 cawan air untuk hancurkan agar2,
1 tin susu cair + 1 cawan air di bancuh dengan tepung kastard,
1 ½ cawan gula
Pewarna merah,hijau,kuning untuk buat agar2 kristal,
1 tin buah-buahan dalam tin di tapis airnya.

1. Larut kan agar2 n campur gula....ambil 2 cawan agar2 yg di larutkan tadi untuk dijadikan agar2 kristal.
(Tak nak buat agar2 kristal pun tak apa,terpulang ikut kreatif masing-masing)
Bahagi kan kepada 3 bekas untuk d campurkan pewarna..sejukkan.

2. Larutan tepung kastard dengan secawan air supaya x berketul,masak sebentar bersama 1 tin susu cair sampai pekat dan lepas tu campur bersama agar2 yg di larut tadi,kacau sebati dan tutup api.

3. Agar-agar kristal yg dah sejuk di potong dadu dan d campur dengan buah-buahan koktel.

4. Tuang adunan puding dalam bekas dan tabur buah-buahan koktel tadi,sejukkan dalam peti untuk berbuka nanti...
Selamat mencuba

Murtabak daging kulit popia

Murtabak daging kulit popia resepi asal chef zamir dari realiti show .Simple mudah guna inti ala ala karipap unt juadah berbuka di masjid hari ini..
Resepi

2 kpg daging burger
1 ulas baw besar dicincang
1 ulas bawang putih
1 biji kentang
Semua bahan di goreng dgn minyak n biar empuk dgn secawan air.Biar inti ni kering+ sebiji telur.
Untuk kulit kulit popia disapu butter yg dicairkan n letak inti lipat 4 segi dan lapis kan selapis lagi supaya tidak koyak.Panasjan kuali renjis dgn minyak n goreng .Mudah tak payah nak bersusah uli tepong jimat tenaga unt tarawih hee hee cuba ye kawan kawan

Jemput-Jemput ikan bilis

Resepi jemput-jemput ikan bilis yang rangup, bulat dan sedap.

Bahan-bahan
1. ½ packet tepung gandum
2. 1 genggam Ikan bilis dikopek
3. 2 biji bawang besar dihiris
4. Sedikit hirisan daun sup
5. Air Panas mendidih secukupnya
6. Cili api 8 biji di hiris
7. Garam,Gula, aji no moto

Cara-cara
1. Ambil mangkuk yang besar
2. Masukkan tepung, ikan bilis, bawang besar, daun sup
3. Masukkan hirisan cili api
4. Masukkan garam, gula, aji no moto secukup rasa
5. Tuangkan air panas yang mendidih ke dalam nya
6. Gaulkan menggunakan Senduk nasi
7. Sediakan mangkuk kecik ber isi air bersih
8. Basahkan tangan dengan air bersih
9. kemudian bulat-bulatkan doh tersebut
10. Goreng seperti biasa sehingga garing
11. Selamat dihidangkan untuk keluarga yang tersayang.

Ayam penyet

AYAM PENYET

1 ekor-ayam belah 4 (rebus setengah masak)
1bji-bwang merah*
3ulas- bwang putih*
2sb -serbuk jintan halus*
2sb-biji ketumbar*
buah keras*
sdikit lengkuas,halia & kunyit hidup*
garam
sedikit gula
sedikit tepung beras + 1bji-telur

caranye :kisar semua bhn bertnda * kemudian msukkn gram,gula & tpung beras + telur tdi, perap ayam anggaran 1jm @ lbh lgi sedap....stelah tu bole la d goreng dgn api sederhana

sambal cili:
1bji-bwang merah
2ulas-bawang putih
6bji-cli padi
1bji-cili besar
sedikit belacan
ikan bilis
1/2bji-tomato potong kcik2

goreng semua bhn dia atas kemudian kisar shingga lumat & bole la d perasakn dgn garam,serbuk perasa & sedikit gula merah...... SELAMAT MENCUBA

BAHAN SAMPINGAN:timun,kobis,tempe & tauhu goreng & limau kasturi....sesuai juga d'makan dgn sup kosong juga nasi putih...

Sumber: Singaporean Pakimix/buku resepi

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.