Rabu, 29 Jun 2016

Mee Ladna

*Resepi Mee Ladna Mudah, Cepat dan Sedap*

Bahan-bahan:

Mee Kuning

3 ulas bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (diketuk)
cili api (terpulang pada tahap kepedasan masing-masing)
Sayur (terpulang pada citarasa masing-masing)
isi ayam (dipotong kecil)
sotong (optional, boleh tukar udang atau apa saja)
sebiji telur (ambil telur putih sahaja)
sesudu tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
Sedikit minyak
3 sudu kicap manis
Garam secukup rasa

Cara-caranya:

A) Untuk Mee

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali
Masukkan 2 ulas bawang putih yang telah diketuk, tumis sehingga sedikit garing
Masukkan kicap, biarkan seketika dan masukkan mee kuning.
Goreng mee sehingga mee sebati dengan kicap tersebut.

B) Untuk Kuah

Gunakan kuali yang sama goreng mee tadi. Masukkan sedikit minyak, tumis lebihan bawang putih, bawang merah, dan cili api. Tumis sehingga layu
Masukkan isi ayam dan sotong, tunggu sehingga ayam dan sotong masak
Kemudian masukkan sayur dan sedikit air, terpulang banyak mana nak masukkan air untuk dijadikan kuah. Tunggu sehingga mendidih.
Kemudian, masukkan garam secukup rasa.
Masukkan putih telur. Biarkan seketika pastu baru kacau.
Perlahankan api dan masukkan bancuhan tepung gandum. Bancuhan tepung gandum nie untuk memekatkan kuah. Masuk sedikit demi sedikit dan boleh tentukan anda nak kuah anda pekat mana.
Siappp!!! dan boleh dihidang bersama mee tadi.

notakaki:
Masa nak makan baru diletak kuahnya. Kalau tak nanti mee tu jadi kembang. Tak sedap pulak. Boleh juga dimasukkan lada sulah untuk lebih sedap...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.