Selasa, 14 Jun 2016

Mee goreng basah

Mee goreng basah
Bahan-Bahan
1 bungkus mee - bersihkan
1 labu besar bawang merah - cincang
1 labu bawang kuning - cincang
5 ulas bawang putih - ketuk n cincang
1 sk cuka
2 bj telur
2 putung fish cake
6 bj Fish Ball
1/2 cwn isi ayam
4 sb sos cili
2 sb kicap manis
4 sb sos tiram
3/4 cwn air
1 kiub pati ikan bilis
6 @ 7 bj cili padi
Sayur sawi secukupnya
Tomato secukupnya
Secubit garam. Perasakan masin manis secukup rasa ngan Sos n kicap. Kalau kuah nampak cair tambah sos tiram .kalau kurang masin tambah kicap .kalau kurang manis tambah sos cili .

Tumis bawang .masukan cuka .bila kekuningan masukan telur d ikuti 2 jenis fish n isi ayam. Goreng seketika .kemudian masukan 3 jenis sos .goreng seketika .Masukan air . Biarkan hingga mendidih didih . Campak pati ikan bilis d ikuti mee . Didihkan seketika. Perasakan secukup rasa .boleh campak cili n sayur sebatikan n sedia unt hidang .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.