Selasa, 14 Jun 2016

Jemput-Jemput ikan bilis

Resepi jemput-jemput ikan bilis yang rangup, bulat dan sedap.

Bahan-bahan
1. ½ packet tepung gandum
2. 1 genggam Ikan bilis dikopek
3. 2 biji bawang besar dihiris
4. Sedikit hirisan daun sup
5. Air Panas mendidih secukupnya
6. Cili api 8 biji di hiris
7. Garam,Gula, aji no moto

Cara-cara
1. Ambil mangkuk yang besar
2. Masukkan tepung, ikan bilis, bawang besar, daun sup
3. Masukkan hirisan cili api
4. Masukkan garam, gula, aji no moto secukup rasa
5. Tuangkan air panas yang mendidih ke dalam nya
6. Gaulkan menggunakan Senduk nasi
7. Sediakan mangkuk kecik ber isi air bersih
8. Basahkan tangan dengan air bersih
9. kemudian bulat-bulatkan doh tersebut
10. Goreng seperti biasa sehingga garing
11. Selamat dihidangkan untuk keluarga yang tersayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.