Selasa, 14 Jun 2016

Puding koktail

Alhamdulillah siap sudah puding koktel ku untuk jualan hari ni,
Nanti buat eh sedap sengoti ni..

Bahan puding-

1 cawan tepung kastard,
Setengah bungkus agar2 tali,
6 cawan air untuk hancurkan agar2,
1 tin susu cair + 1 cawan air di bancuh dengan tepung kastard,
1 ½ cawan gula
Pewarna merah,hijau,kuning untuk buat agar2 kristal,
1 tin buah-buahan dalam tin di tapis airnya.

1. Larut kan agar2 n campur gula....ambil 2 cawan agar2 yg di larutkan tadi untuk dijadikan agar2 kristal.
(Tak nak buat agar2 kristal pun tak apa,terpulang ikut kreatif masing-masing)
Bahagi kan kepada 3 bekas untuk d campurkan pewarna..sejukkan.

2. Larutan tepung kastard dengan secawan air supaya x berketul,masak sebentar bersama 1 tin susu cair sampai pekat dan lepas tu campur bersama agar2 yg di larut tadi,kacau sebati dan tutup api.

3. Agar-agar kristal yg dah sejuk di potong dadu dan d campur dengan buah-buahan koktel.

4. Tuang adunan puding dalam bekas dan tabur buah-buahan koktel tadi,sejukkan dalam peti untuk berbuka nanti...
Selamat mencuba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.