Memaparkan catatan dengan label Tips Kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Kek. Papar semua catatan

Selasa, 31 Disember 2019

Glosari Masakan Berkaitan Cream

Kita selongkar glosari masakan berkaitan dengan CREAM:
1. Cream  Cheese- cheese yg digunakan untuk menyedapkan masakan kuih seperti kek dan biskut, ia juga boleh dijadikan filling atau topping kek, selalunya diblend bersama susu pekat dan sedikit susu cair. Brand yg popular Tatura. Yg pakai Philadelphia tu kekwatlah

2. Whipping cream - bahan yang digunakan untuk menambah rasa lemak dalam kuih muih khususnya kek dan ia juga boleh dijadikan topping kek, biskut atau dessert. Kalau nak buat topping kek coklat yg sedap gunalah whipping cream.

3. Fresh cream - krim susu yg digunakan utk topping kek, selalunya kek yg ringan spt sponge cake. Jenama biasa Pride

4. Cooking cream - ia digunakan untuk memasak masakan barat seperti spageti carbonara, fetucine dan sebagainya, ia agak mahal dan selalu dicampur dengan susu full cream dan ditambah mix herbs. Jenama popular Emborg

5. Sour cream - sejenis bahan yang digunakan sebagai sos untuk dessert bagi menambahkan rasa masam dan lemak, contohnya dalam mashed potatoes. Ada dijual dalam kotak di pasar raya tetapi boleh dibuat sendiri dengan blend whiping cream campur jus lemon.

6. Krimwell - sejenis butter yang digunakan dalam pastry seperti croissant, ia juga digunakan dalam frosting kek yang diblend bersama gula aising sebagai deco cake

7. Full cream milk - susu gantian bagi mereka yang tidak mampu membeli cooking cream dan whipping dengan mencampurkannya dengan sedikit tepung gandum, sejenis susu yang berlemak berbanding fresh milk.

8. K Fine Cream - Yang tulah kita dok promote sekarang sebagai pelembut dan pengembang roti. Dianggap sbg krim ajaib yg boleh membuat anda teruja yakamat bila meroti,

Selasa, 26 Februari 2019

Tips Hari Ini: Filling untuk Sponge Cake / roll cake


Tak kira la.. bentuk apa yg anda buat sama ada bulat, segi empat, lonjong, gulung, lipat, lapis, bila anda guna resepi sponge cake.. filling (krim kek) paling mudah adalah fresh krim ..
Nak guna fresh cream kosong aje pun boleh.. nak bagi perisa pun boleh.. nak tambah buah pada krim pun xde sape nak marah.. nak tambah jem atas kek sebelum atau selepas sapu krim pun xde sape nak larang...
Sebab ko yg buat dia bukan dia yang buat ko... xde sesiapa pun akan jentik telinga ko kalau ko oleh resepi fresh cream tu...
Ingat!!!
Fresh cream + buah potong segar
Fresh cream + buah potong dalam tin
Fresh cream + buah koktel
Fresh cream + jem
Fresh cream + emulco
Fresh cream + coklat
Fresh cream + cream cheese
Fresh cream + ikan goreng
Fresh cream + ayam masak merah
Semua xde masalah... semua boleh...
Kalau ko buat fresh cream + ikan goreng atau fresh cream + ayam masak merah nanti jangan lupa pm saya k.. nak tau juga apa rasanya... hahahah
#FB fauzi poji

Ahad, 21 Ogos 2016

Leopard Roll Cake

Resepi:  Leopard Roll Cake
(Adunan ini untuk 2 biji kek)
100gm Tepung  Naik Sendiri
60gm Tepung Jagung
100gm Gula Kastor
50ml (1/4 cawan) Susu cair / Sejat / Full Cream (Sejuk)
5biji Telur A
2sdb Ovelet
1sdt esen vanila
65gm (1/4 block) Butter (dicairkan)
2sdb serbuk koko
1sdt pewarna oren
1sdb pewarna kuning
Cara2.
1. Masukkan semua bahan dalam 1 bekas. KECUALI butter yang dah dicairkan
2. Pukul semua bahan hingga kembang (dari kuning bertukar putih)
3. Masukkan butter. Kaup balikkan.
4. Ambil 2 senduk adunan diletakkan dalam 2 mangkuk
5. Mangkuk pertama tambahkan 2 sdb  serbuk koko
6. Mangkuk satu lagi tambahkan 1sdt pewarna oren
7. Baki adunan dalam bekas besar dimasukkan dengan pewarna kuning.
8. Buat corak Leopard di atas baking paper yang dah disapukan minyak dibelakangnya. Gunakan loyang 8x11 atau 9x11
9. Sejukkan corak tadi seketika agar keras
10. Tuang adunan warna kuning.
Bakar 175c selama 20-30minit.
11. Sejukkan pada suhu bilik dan sapukan krim pada kek.
12. Gulung kek dengan berhati hati. Kek ini mudah patah / koyak

Khamis, 11 Ogos 2016

Tip Hasilkan Cheese Tart Cantik dan Gebu

TIP HASILKAN CHEESE TART CANTIK DAN GEBU
Kadangkala stress juga rasanya kalau kek atau pastri yang dihasilkan kurang menepati citarasa. Salah satunya masalah dalam menghasilkan cheese tart. Ada yang lemau, berkerak di luar tapi dalamnya tidak sempurna masak, kulit luarnya atau shell tart pecah, krim tidak menjadi dan sebagainya. Jadi, untuk post kali ini kami nak kongsikan tentang beberapa tips mudah yang boleh anda cuba bagi mendapatkan cheese tart yang bukan sahaja sedap, cantik dan gebu malahan mampu bertahan lama jika disimpan dengan baik.
"MASALAH YANG SERING BERLAKU APABILA MENGHASILKAN TART TELUR"
Kenapa shell tart saya mengembang?
Mungkin disebabkan adunan terlebih pukul (overbeat). Pukul adunan memadai sehingga sebati sahaja. Dinasihatkan juga agar adunan untuk shell hanya gunakan tepung gandum. Jangan sesekali menggunakan sebarang tepung lain yang ada bahan penaik seperti tepung naik sendiri. Ini untuk mengelakkan shell tart dari mengembang.
Kenapa shell tart saya keras?
Seringkali shell akan keras selepas dibakar. Hal ini disebabkan kesilapan memilih saiz telur, iaitu saiz telur yang besar, maka adunan akan terlebih cairan. Sebaiknya gunakan telur Gred C. Namun, jika menggunakan saiz Gred A atau B, pastikan putih telur tersebut dibuang sedikit bagi mengurangkan cecair dalam adunan.
Faktor terlebih tepung atau terlebih masa membakar juga akan membuatkn shell menjadi keras.
Kenapa shell tart saya lemau?
Besar kemungkinan tempoh masa membakar shell tidak lama. Untuk pastikan shell tahan lama dan tidak dimasuki angin (lemau), masukkan ia ke dalam bekas kedap udara sebelum disimpan ke dalam peti ais.
Perlukah acuan disapu dengan marjerin terlebih dahulu?
Untuk pertama kali atau pemakaian acuan yang baru, sapukan atau gris acuan dengan marjerin bagi mengelakkan adunan atau doh melekat. Namun, untuk pemakaian seterusnya acuan tersebut tidak perlu disapukan marjerin lagi.
Bagaimana cara keluarkan shell dari acuan?
Jika shell tidak cukup masak, memang agak susah untuk menaggalkannya dari acuan. Berbeza dengan shell yang telah dibakar dengan sempurna, iaitu dengan sekali hentakan ringan, shell akan tertanggal dengan mudah dari acuan. Kaedah lain, boleh juga terbalikkan acuan, maka shell tersebut akan luruh dan  mudah tanggal dengan sendirinya.
Mengapa cream cheese saya cair di dalam dan mendap selepas dibakar?
Selepas tart yang diisi cream cheese dibakar, seelok-eloknya biarkan ia sejuk di luar sebentar sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. Pastikan simpankan ia di dalam peti sejuk. Walaubagaimanapun,  bila disimpan semalaman di dalam peti sejuk, cream cheese tersebut memang akan mendap sikit dan sedikit berpeluh. Jadi, hal tersebut tidak dapat dielakkan.
Bolehkah guna inti (filling) lain selain blueberry?
Cheese tart boleh isi sebarang inti atau filling, mengikut kegemaran dan citarasa masing-masing.  Pastikan filling tersebut diisi ke dalam piping bag agar cheese tart lebih cantik, kemas dan tidak comot.
Berapa biji boleh dapat untuk satu adunan resepi?
Biasanya boleh dapat 40 biji shell bagi setiap satu adunan, bergantung kepada saiz acuan dan ketebalannya.
Bagi adunan cream cheese, satu adunan dianggarkan boleh menghasilkan antara 50 – 60 biji.
Bagaimana saya nak lukis atau hias pada permukaan cheese tart itu?
Sebagai penambah seri atau daya penarik, biasanya cheese tart akan dihias atau dilukis mengikut kreativiti masing-masing. Kaedahnya :
(a) Ambil 1/2 sudu teh dari adunan cream cheese dan bahagikan kepada 3 atau beberapa bahagian.
(b) berikan 2 titik pewarna berbeza seperti merah jambu, coklat dan hijau.
(c) Titikkan sedikit ketiga-tiga warna tersebut di atas permukaan cream cheese, kemudian gunakan lidi atau pencungkil gigi untuk melorekkan corak bunga, tangkai dan daun.
Seeloknya proses melukis atau melorek dilakukan ketika cream cheese masih dalam keadaan lembut kerana jika dibiarkan, cream cheese tersebut akan mengering dan membeku. Ini akan menyukarkan proses melukis di atas cream cheese.

Sabtu, 26 Disember 2015

Resepi Kek Kukus Masam Manis



Bahan-bahan:
5 biji telur
250 gm mentega
1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang telah dikisar halus
1/2 cawan gula halus
1/2 tin kecil susu pekat / bubuh194 gm
1 tsp esen vanilla
1 tsp baking powder
Haw Flakes secukupnya
Pewarna - ikut suka
Cara-cara:
1) Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
2) Mentega dan gula diputar sehingga kembang.
3) Kemudian masukkan telur dan putar lagi
4) Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
5) Setelah itu masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
6) Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian ( terpulang pada citarasa masing-masing, nak 2 atau 3 bahagian ).
7) Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna kuning atau hijau. Buat begini sehingga adunan habis.

Jumaat, 11 Jun 2010

Resepi Puding Kastard Triffle

Bahan2:-
Kek gulung (ikut suka la nak guna perisa apa) - potong ikut ketebalan yg anda suka lah.. tapi jangan ler tebal sangat
1 tin susu cair
1 tin buah-buahan dalam tin tu (kalau nak guna fresh fruit pun ok.. contoh strawberry, kiwi dan lain-lain)
1 kotak jelly crystal powder (akak guna brand nona)
3 sudu besar tepung kastard (sudu penuh-penuh membukit tau)
4 sudu besar gula (kalau nak manis boleh lebihkan gula sikit. Akak letak 4 aje sbb tak suka manis-manis sangat )
Cara:-
1. Susun kek gulung tadi dalam bekas, macam foto kat bawah tu. Susun rapat pastikan tiada lubang tau. Kalau ada pandai2 la cubit balance kek dan tampung2 kt tmpt ada lubang tu. Pastu tekan2 sikit kasi mampat.
2. Asingkan buah2an dlm tin tu dari airnya & ambil air buah2 tadi & renjis2 kt kek tadi kasi lembab2 manja gitu. Jgn basah melampau2 lak tau.
3. Dlm periuk masukkn 1 tin susu cair tadi. Pastu sukat air dlm tin susu tadi. Guna 1 tin juga air. Pastu masukkn gula & tepung kastard. Guna hand whisk & kacau2 kasi semua sebati & tepung kastard takde lagi ketul2.  Pastu baru masakkan atas api yg kecik. Kacau sentiasa tau sampai laa ada letupan2 kecik tu baru tutup api.
4. Pastu tuang kastard tadi atas kek gulung tadi dan ratakn. Agak2 kastard dh hampir nk keras baru susun buah2an atas kastard tu. Make sure tekan2 sikit buah2an tu supaya nnti bila tuang jelly buah tu tak timbul.
5. Settle semua tu ketepikan dan masak jelly tadi. (Ikut cara2 masak kt kotak jelly tu naa)
6. Bila dh masak jelly tu tuang ke atas kastard buah2an tadi. Tuang pelan2 tau. Lagi elok klau sendukkn 1 persatu. Dah habis tu simpan la dlm peti sejuk kasi sejuk dulu.. baru laaa makan naa.
Harap2 uols paham la naa. Tak reti nk karang elok2.. hehehe.. selamat mencuba. Sila la buat dgn penuh kasih sayang yer.. Insha Allah jadi.. 

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.