Selasa, 14 Jun 2016

bersarang semut la kita hari nie....
resepi yang senang... guna cawan saja n tak payah sejukkan doh dalam peti.., lepas uli boleh terus parut....,

resepi biskut sarang semut

bahan2
250gram buttercup(suhu bilik)
1cawan gula halus
(mixer 2 bahan nie hingga putih)
3cawan tepung gandum
1cawan tepung jagung
1cawan tepung kastard
(ayak 3 tepung nie)
1 penutup esen vanila
1 biji kuning telur
papercup
coklat rice
penyagat cheese yg paling halus

cara2
dah mixer putih gula n butter masukkan kuning telur Dan esen vanila. mixer lagi hingga sebati.
masukkan bahan ayak Dan uli hingga tak melekat Kat tangan.
kepalkan adunan menjadi doh kecik dan terus sagat dalam mangkuk laen.
sudukan adunan dalam papercup Dan tabur coklat rice
bakar pada suhu 180celcius 20min atau mengikut oven masing2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.