Selasa, 14 Jun 2016

Biskut Makmur

Resepi biskut makmur

Bahan untuk doh

500g tepung gandum
2/3 cawan gula icing
1 tin kecil minyak sapi
Paper cup

Bahan untuk inti

200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak
3/4 cawan gula icing
1 sudu besar mentega kacang,optional.
Bahan untuk salut
Sedikit gula icing

Cara buat Penyediaan resepi biskut makmur
Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing.
Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
kemudian kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.
Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat biskut yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah.
Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius. Biskut makmur mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.
Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.
Sudah siap dan sedia untuk proses pembungkusan dalam balang dan bekas yang cantik serta kedap udara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.