Selasa, 14 Jun 2016

Biskut Samperit Pandan

Resepi Biskut Samperit Pandan

Bahan A
200gm mentega
100gm gula ising
1 biji kuning telur
1/4 tsp pes pandan/pandan emulco
1/2 tsp pewarna hijau epal

Bahan B
250gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm tepung kastard
Hiasan : Coklat masakan putih dan manik hundred thousand.

Cara :
1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 1 jam.
2. Guna nozzle tart gulung dan tekan ke atas loyang yang telah di griskan. Potong mengikut saiz di kehendaki.
3. Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau hingga kekuningan.
4. Biarkan biskut sejuk baru di hias dengan coklat masakan putih yang dicairkan secara double boiler, masukkan ke dalam kon kertas, gunting sedikit muncungnya dan pipe di tengah biskut dan tabur dengan manik berwarna.
5. Biskut ini agak nipis, jika mau lebih tebal tindihkan selapis lagi.
Selamat Mencuba..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Orang buat resepi, aku pun cuba. Orang ada blog aku pun nak sama. Lepas tu orang pandai memasak aku pandai makan aje.
Anyway blog ini aku titipkan istimewa untuk bondaku Rokiah Che Mahmood yang banyak mengajar aku dunia kehidupan wanita. Terima kasih ma atas ilmu masakan yang ma bagi. Walaupun aku tidak seteror ma dalam bab masakan tapi setakat goreng telur mata kerbau taulah sikit-sikit waaupun kerap kali pecah... Maklumlah aku sibuk sebagai wanita berkerjaya dan juga pelajar..Sampaikan dapur aku sendiri jarang berasap..Hobi aku kumpul resepi aje..
Terima kasih juga kat blogger yang sudi emailkan resepi kat aku. Terima kasih juga terutama kak chef norzai yang sudi izinkan aku copy paste dari laman beliau.